close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Dunia politik Thailand terperangkap dalam kebuntuan dan mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra mengumumkan bahawa dia akan menunda kepulangannya ke negara itu.

  • 05 August, 2023
  • 楊偉光
Dunia politik Thailand terperangkap dalam kebuntuan dan mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra mengumumkan bahawa dia akan menunda kepulangannya ke negara itu.
Mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. (Gambar: IG)

Menurut laporan Reuters, Mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra mengatakan pada hari ini (5hb) bahawa dia akan menunda tarikh kepulangannya dari pembuangan diri kerana Thailand sedang berusaha untuk memecahkan kebuntuan politik setelah penentang pemerintahan ketenteraan memenangi pilihan raya Mei.

Thaksin telah mencuba untuk menentang campur tangan tentera dalam kerajaan yang dipimpin oleh partinya yang populis selama bertahun-tahun, dan akhirnya dia dipecat dalam kudeta pada tahun 2006 dan dibuang ke luar negara. Thaksin kembali ke Thailand untuk sementara waktu pada tahun 2008, kemudian dibuang ke luar negara lagi.

Mogul telekomunikasi ini menulis di platform media sosial X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter) bahawa dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan tarikh kepulangan yang dijadualkan pada 10hb  Ogos akan ditunda “beberapa minggu”.

Anak perempuan Thaksin, Paetongtarn Shinawatra, mengatakan bulan lalu bahawa ayahnya akan kembali ke Bangkok pada 10hb Ogos.

Paetongtarn adalah calon perdana menteri yang dicalonkan oleh Parti Pheu Thai.

Sudah lebih dari dua bulan sejak pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat Thailand pada 14 Mei, tetapi dunia politik Thailand terperangkap dalam kebuntuan dan tidak dapat menghasilkan perdana menteri dan kabinet baru.

Komen

Terbaharumore