close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Hanoi kota paling tercemar di dunia.

  • 04 January, 2025
  • 陳鑀枚
Hanoi kota paling tercemar di dunia.
Air Visual, laman web pemantauan kualiti udara bandar global, telah meletakkan Hanoi, Vietnam, sebagai bandar terburuk di dunia selama beberapa hari. (Gambar :X))

Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia, hari ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Data daripada penyedia bebas angka pencemaran udara global, AirVisual, menunjukkan kepekatan PM2.5 di udara kini '13.2 kali' lebih tinggi berbanding nilai panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PM2.5 mengukur tahap zarah kecil berbahaya dalam udara.

Berikutan kualiti udara berada pada tahap 'tidak sihat', indeks kualiti udara (AQI) bertukar menjadi warna coklat dengan bacaan setinggi 309 di beberapa lokasi.

AQI mempunyai julat antara sifar hingga 500 - dengan angka lebih tinggi menunjukkan tahap pencemaran dan kesan kesihatan yang lebih serius.

Sehubungan itu, AirVisual menasihati penduduk di Hanoi supaya mengelak bersenam di luar rumah, menutup tingkap bagi menghalang udara luar yang tercemar, serta memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Luu Minh Duc, seorang penduduk Hanoi berusia 64 tahun, berkata: "Apabila kita mempunyai penyakit pernafasan yang menyukarkan pernafasan, kita orang tua boleh merasakannya dengan jelas." Dan dia berkata, "Keadaan nampaknya menjadi lebih teruk sejak kebelakangan ini."

Komen

Terbaharumore