close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Delegasi Taiwan Menghadiri Majlis Angkat Sumpah Trump, Han Kuo-yu: Sebagai Tetamu, Kami Menghormati Pengaturan AS

  • 20 January, 2025
  • 王麗蘭
Delegasi Taiwan Menghadiri Majlis Angkat Sumpah Trump, Han Kuo-yu: Sebagai Tetamu, Kami Menghormati Pengaturan AS
Delegasi Taiwan Menghadiri Majlis Angkat Sumpah Trump, Han Kuo-yu: Sebagai Tetamu, Kami Menghormati Pengaturan AS

(Taiwan, ROC) – Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah dirasmikan pada 20 Januari. Delegasi rentas parti yang diketuai oleh Pengerusi Perundangan Yuan Han Kuo-yu (韓國瑜) tiba di Washington D.C. pada hari Ahad (19/1) petang semalam dengan menaiki kereta api. Ketua Pejabat Perwakilan Taiwan di AS, Yui Tah-ray (俞大㵢) dilaporkan menyambut mereka di platform Union Station. Kumpulan itu kemudiannya menuju ke hotel tempat mereka menginap, di mana sejumlah orang Taiwan turut hadir menyambut ketibaan mereka.

Disebabkan keadaan sejuk yang melampau, Majlis Perasmian Angkat Sumpah Donald Trump telah dipindahkan secara tiba-tiba ke Capitol Rotunda di dalam Bangunan Capitol, dan acara tontonan luar telah dibatalkan. Penganjur hanya mempunyai beberapa ratus tempat duduk di Capitol Rotunda, jadi delegasi Taiwan yang datang untuk meraikan tidak akan dapat memasuki tempat itu, dan perlu mengambil bahagian melalui kaedah lain.

Setibanya di hotel, Yui Tah-ray (俞大㵢) segera memberikan laporan ringkas kepada ahli delegasi mengenai kemungkinan pilihan untuk menyertai perasmian. Menjawab perkara ini, Han Kuo-yu (韓國瑜) menyatakan bahawa pihaknya menghormati sepenuhnya pengaturan pihak AS. Beliau menegaskan bahawa beliau masih membawa semangat penuh rakyat Taiwan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan Amerika Syarikat yang baharu.

Komen

Terbaharumore