Berkenaan dengan “peringatan pelancuran satelit Kementerian Pertahanan terkait dengan pemilihan”, Kementerian Pertahanan hari ini (10hb) menyatakan bahawa jalur penerbangan satelit yang dilancurkan oleh Negara China pada tanggal 9hb Januari tidak normal, diperkirakan akan melawati di atas pulau Taiwan.
Untuk mempercepat waktu tindak balas dan melindungi keselamatan warga negara, Angkatan Udara menangani kes ini mengikut “Peraturan Penanganan Situasi Darurat ” - “Negara-negara jiran melancurkan roket atau peluru berpandu, melalui laut dan wilayah udara di sekitar negara”.
Seluruh operasi didasarkan pada pertimbangan keamanan nasional, tanpa adanya campur tangan politik.
Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa istilah bahasa Inggeris dalam pesan peringatan telah diperiksa dan diperbarui secara menyeluruh oleh unit berkaitan.
Perkawalan operasi peluncuran satelit Negara China selanjutnya, akan ditangani sesuai dengan peraturan penanganan, dengan mempertimbangkan dampak dan tingkat ancamannya terhadap kita, dan akan memberikan peringatan yang tepat dan menangani situasi tersebut.
Kementerian Pertahanan menekankan bahawa tentera nasional menjaga keneutralan pentadbiran, dan posisi tentera nasional tidak pernah berubah. Mereka akan terus berjuang untuk mempersiapkan diri dan mempertahankan keamanan negara.