Ahli Parlimen Thailand hari ini memilih Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan jutawan Thaksin Shinawatra, yang berusia 37 tahun sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Paetongtarn, yang bapa dan ibu saudaranya pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, adalah pemimpin termuda dalam sejarah kerajaan Raja Berperlembagaan Thailand.
Beliau menjadi perdana menteri wanita kedua kerajaan selepas ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra, dalam undian terpaksa diadakan selepas Mahkamah Perlembagaan kerajaan memecat perdana menteri sebelum ini Srettha Thavisin.
Beliau didapati bersalah kerana melantik Pichit Chuenban, bekas peguam dikaitkan dengan keluarga Thaksin yang mempunyai sabitan jenayah, sebagai menteri Kabinet.
Parti Pheu Thai memilih Paetongtarn sebagai calon penggantinya pada Khamis dan tiada satu pun daripada 10 parti lain dalam gabungan yang dipimpinnya mengemukakan alternatif.
Bhumjaithai, parti ketiga terbesar di Parlimen, berkata ia telah 'bersetuju untuk menyokong calon' dari Pheu Thai dalam undian semalam.
Paetongtarn membantu mengendalikan cabang hotel empayar perniagaan keluarga itu sebelum memasuki politik pada penghujung 2022, dan terus terbabit dalam politik dengan menyertai kempen pilihan raya umum (PRU) tahun lalu.