Pameran Khas "Keindahan Menuturkan Segalanya" yang mengumpulkan keindahan Seni dari tiga institusi masyhur di Muzium Istana Nasional, Taipei.
Pameran "Beauty Speaks for Itself" "Keindahan Menuturkan Segalanya" di Muzium National Taiwan adalah hasil dialog antara tiga institusi ternama: Muzium Istana Negara Taiwan, Musée des Arts Décoratifs di Paris, dan Maison Van Cleef & Arpels. Pameran ini menampilkan lebih dari 260 karya seni dalam bentuk 'tableaux' yang menakjubkan.
Pameran ini diadakan dua kali di dua lokasi berbeza: dari 26 September hingga 29 Disember 2024 di Taipei, dan kemudian dari 23 Januari hingga 20 April 2025 di Chiayi.
Karya-karya yang dipamerkan mencakai berbagai bentuk seni seperti keramik, jade, kaca, emas, perak, seni grafik, patung, tekstil, perabot, perhiasan mahal, dan penciptaan jam tangan mewah. Pameran ini mengundang para pengunjung untuk berjalan-jalan dalam perjalanan tematik yang menggabungkan keindahan alam, gerakan, fantasi, rahasia, dan warna.
Pameran ini juga menampilkan keindahan seni yang universal, menunjukkan kekayaan tradisional dan inovasi seni yang memperlihatkan pentingnya pertukaran budaya sepanjang sejarah
Jom melawat ke Muzium Istana Nasional melihatkan sendiri.
Selamat mendengar!
Eric Yong
Salam Taiwan
eric.ywk@rti.org.tw
26hb Nov., 2024.
Rti Radio Taiwan International
Rti Radio Taiwan International 