Kita amat beruntung dapat berundang Saudari Tan Bee Guat ( Tang ) ke episode kita dalam Salam Taiwan pada Selasa ini (11hb Mac, 2024).
Kata beliau: Rasa puas hati bukan mendapat upah selepas berkhidmat, tetapi kepuasan dan kegembiraan tetamu-tetamunya (Pelancong) yang dapat menikmati keindahan Taiwan dan mempererat perhubungan antara anggota keluarga pelancong.
Taiwan sudah banyak berusaha menjadikan destinasi Umat Islam dengan pelbagai kemudahan seperti mendorong kedai-kedai makanan halal, hotel bermesra Islam dan juga tempat bersholat terutama di stasion bus dan keretapi juga tempat pelancongan.
Dan apakah tips menjadi seorang Pemandu Pelancong yang profesional?
Mari kita bersama mengikuti cerita Tang di episode ini.
Jika ada apa komentar dan sesiapa yang ingin berhubung dengan penyampai atau ingin berkongsi ceritanya dengan Rti Melayu, sila mengirim emel kepada: eric.ywk@rti.org.tw.
Terima kasih!
Rti Radio Taiwan International
Rti Radio Taiwan International 