Adalah baik untuk Pekerja Ekspatriat melaporkan hasil pendapatan anda dalam tempoh masa pada bulan Mei.
Kerana HR majikan anda biasanya akan buat potongan sebanyak 18% dari gaji anda sebelum mengirim kepada bank akaun anda.
JIka anda tinggal di Taiwan melebihi 183 hari, potongan cukai adalah berskala bermula dari 5% seperti berikut:
- Jika pendapatan bersih konsolidasi tahunan keseluruhan kurang daripada atau sama dengan NT$590,000, kadar cukai adalah 5%.
- Jika pendapatan bersih konsolidasi tahunan keseluruhan melebihi NT$590,000 tetapi tidak lebih daripada NT$1,330,000, cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah NT$29,500 ditambah 12% untuk bahagian pendapatan melebihi NT$590,000.
- Jika pendapatan bersih konsolidasi tahunan keseluruhan melebihi NT$1,330,000 tetapi tidak lebih daripada NT$2,660,000, cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah NT$118,300 ditambah 20% untuk bahagian pendapatan melebihi NT$1,330,000.
- Jika pendapatan bersih konsolidasi tahunan keseluruhan melebihi NT$2,660,000 tetapi tidak lebih daripada NT$4,980,000, cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah NT$384,300 ditambah 30% untuk bahagian pendapatan melebihi NT$2,660,000.
- Jika pendapatan bersih konsolidasi tahunan keseluruhan melebihi NT$4,980,000, cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah NT$1,080,300 ditambah 40% untuk bahagian pendapatan melebihi NT$4,980,000.
Episode hari ini akan memberikan informasi untuk pekerja ekspatriat.
Sekian terima kasih!
Penyampai Salam Taiwan,
Eric
Rti Radio Taiwan International
Rti Radio Taiwan International 