Salam Bahagia!
Hari ini kami akan menceritakan khabar Festival Seni Traditional Asia Pasifik yang akan dilancarkan pada 5hb-13hb Oktober, tahun 2024 ini.
Banyak acara menarik dari luar negara dan tempatan akan diadakankan di sini.
Berikut adalah beberapa acara persembahan dari ASEAN dan India yang akan ditampilkan di Festival Seni Tradisional Asia Pasifik 2024:
1. Kumpulan Seni Persembahan Kerala dari India:
o Kathakali: Sebuah bentuk teater klasik yang diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO. Kathakali adalah teater tradisional India yang menggabungkan tarian, muzik, dan lakonan untuk menceritakan kisah epik "Ramayana".
2. Akademi Seni Phare dari Kemboja:
o Sarkas Baru: Menggabungkan sarkas, muzik, dan tarian tradisional untuk menafsirkan semula mitos “Ramayana” dengan pandangan kontemporari. Persembahan ini menampilkan elemen-elemen sarkas moden yang digabungkan dengan seni tradisional Kemboja.
3. Kumpulan Teater Wayang Kulit Fusion dari Malaysia:
o Wayang Kulit: Mempersembahkan dua pementasan, “Perang Cahaya: Bab Legenda” dan “Perang Cahaya: Bab Masa Depan”. Persembahan ini menggabungkan elemen tradisional wayang kulit dengan tema moden seperti “Star Wars” dan epik "Ramayana".
4. Artis Rangoli dari Singapura:
o Rangoli: Seni lukis tanah tradisional India yang menggunakan serbuk warna, bunga, dan beras untuk melukis totem di tanah semasa Diwali. Vijaya Mohan, seorang artis Rangoli dari Singapura yang memegang Rekod Dunia Guinness untuk seni Rangoli terbesar di dunia, akan mencipta seni Rangoli khas untuk festival ini dan mengajak orang ramai untuk turut serta melukis cahaya dan harapan di tanah.
Informasi aktiviti boleh didapti dari halaman di bawah ini:
https://festival.ncfta.gov.tw/2024APTAF
Permohoan ticket percuma memalui halaman sehingga habis seperti berikut:
https://event.culture.tw/mocweb/reg/NCFTA/Detail.init.ctr?actId=45038&utm_source=moc&utm_medium=index&utm_campaign=45038
Anda juga boleh beratur pada hari pertunjukkan tersebut dari jam 09:00 untuk mendapat ticket, maksiman 2 ticker seorang.
Terima kasih!
Eric Yong
Penyampai Salam Taiwan.
emel: eric.ywk@rti.org.tw
Rti Radio Taiwan International
Rti Radio Taiwan International 