"Keindahan Menuturkan Segalanya"
Ayat "Beauty Speaks for Itself" membawa makna bahawa keindahan itu dapat dilihat dan dihargai tanpa perlu penjelasan atau keterangan tambahan. Keindahan tersebut sudah cukup jelas dan menonjol sehingga ia dapat "bercakap" atau menunjukkan dirinya sendiri kepada orang yang melihat atau mengalaminya.
Dalam konteks seni dan hiasan, ini bermakna karya-karya tersebut mempunyai daya tarikan dan nilai estetika yang dapat difahami dan dinikmati secara langsung oleh penonton.
Episod hari ini, membawa pendengar-pendengar ke Pamera Khas "Keindahan Menuturkan Segalanya" di Muzium Istana Negara. Pamera ini akan berakhir pada hujung bulan Disember, 2024.
Ambil kesempatan mengunjung Pameran Khas ini jika anda berada di Taipei.
Selamat mendengar!
Eric Yong
Salam Taiwan
eric.ywk@rti.org.tw
10hb Dis., 2024.
Rti Radio Taiwan International
Rti Radio Taiwan International 