(Taiwan, ROC) Wabak Asfivirus semakin berleluasa di dunia, Direktorat Jenderal Imigresen (NIA) semalam (28/8) berkata, tahun ini lapangan terbang antarabangsa mendapati 62 kes pelanggaran komoditi yang mengandungi daging babi memasuki wilayah Taiwan, termasuk sebuah wanita yang merupakan warga Korea yang membawa masuk makanan kapal terbang yang mengandungi daging babi ke Taiwan dan dikenakan sekatan, mengingatkan rakyat supaya tidak membawa atau menghantar daging babi ke Taiwan.
Direktorat Jeneral Imigresen menyatakan bahawa wabak asfivirus dunia semakin teruk, pada masa ini terdapat 73 negara dan wilayah yang terdedah kepada wabak ini, bagi rantau Asia ketika ini hanya Taiwan dan Jepun yang masih belum mengalami wabak asfivirus (demam babi Afrika), namun Biro Kuarantin dan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Loji mendapati 62 kes pendatang membawa produk daging babi ke Taiwan di lapangan terbang antarabangsa, kerana mereka tidak dapat membayar denda, penumpang tidak dibenarkan masuk.
Menjelang sambutan pertengahan musim luruh, Direktorat Jeneral Imigresen berkata bahawa permintaan pengguna terhadap produk hadiah semakin meningkat, bagi mengelak penghantaran bungkusan yang mengandungi produk daging dari luar negara yang terdedah kepada wabak asfivirus daripada memasuki Taiwan, pihak berkuasa imigresen mengingatkan penduduk pendatang baharu untuk memaklumkan keluarga luar negara tidak menghantar produk daging ke Taiwan.
Selain itu, semasa perayaan pertengahan musim luruh ketika melawat saudara-mara di Taiwan, pelancong juga diingatkan untuk tidak membawa daging babi dari kawasan yang terdedah kepada wabak Asfivirus dan produk daging babi yang diproses ke Taiwan, termasuk tidak membawa makanan dalam kapal terbang ke Taiwan, supaya tidak dikenakan denda.
Jabatan Imigresen mengambil contoh, tahun ini seorang ibu dan anak dari Korea datang melancong ke Taiwan, membawa sisa makanan dalam pesawat ke Taiwan dan didenda, kerana tidak membayar denda, ibu dan anak tidak dibenarkan masuk dan pulang ke negara asal.