close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Mpox trauma pandemik global bermula

  • 02 September, 2024
  • 陳鑀枚
Mpox trauma pandemik global bermula
Wabak Mpox (dahulunya dikenali sebagai cacar monyet), yang semakin serious di Afrika, kini merupakan Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC). (Weibo)

PANDEMIK penyakit koronavirus 2019 atau COVID-19 sekitar hampir enam tahun masih memberi luka kepada penduduk dunia sehingga ke saat ini kerana kesan meluasnya bukan sekadar memburukkan tahap kesihatan, malah ekonomi sesebuah negara juga terjejas.

Trauma penyakit yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) juga masih dirasai dan menyebabkan kesiapsiagaan perubatan terhadap sebarang wabak penyakit diletakkan di tahap tertinggi.

Kini ketakutan itu kembali dirasai apabila sejenis virus yang berasal daripada Genus Orthopoxvirus kembali diperkatakan dunia.

Virus cacar monyet atau monkeypox (Mpox) didakwa sedang mengalami peningkatan penularan, menyebabkan seluruh dunia mula berjaga untuk memastikan tiada lagi kesan pandemik COVID-19 dirasai kembali.

Reuters melaporkan bahawa agensi kesihatan awam tertinggi Afrika, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika), berkata bahawa disebabkan lonjakan jangkitan M pox (mpox, dahulunya dikenali sebagai cacar monyet) di Republik Demokratik Congo, ia telah merebak ke negara jiran dan mengisytiharkan "kecemasan kesihatan awam benua (Afrika)".

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika mengeluarkan amaran minggu lalu bahawa virus itu merebak pada kadar yang membimbangkan.

Setakat tahun ini, benua itu telah melaporkan lebih daripada 15,000 kes Mpox dan 461 kematian, peningkatan 160% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata pusat itu.

Komen

Terbaharumore