close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Presiden Lai memberi penghormatan kepada ahli fisioterapi dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi penyokong terkuat untuk pemain

  • 08 September, 2024
  • 陳心怡
Presiden Lai memberi penghormatan kepada ahli fisioterapi dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi penyokong terkuat untuk pemain
Presiden Lain mengucapkan Selamat Hari Ahli Fisioterapi. Sumber: FB

Hari ini (ke-8) adalah Hari Ahli Fisioterapi, Presiden Lai Ching-te menyiarkan di Facebook hari ini bahawa pada hari ini, beliau ingin memberikan penghormatan tertinggi kepada semua ahli fisioterapi dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi sokongan terbaik yang membolehkan pemain untuk bersinar di padang.

Presiden Lai berkata, dalam arena sukan, setiap gerak dan langkah pemain telah melalui tempoh latihan dan persiapan yang panjang. Di belakang pemain, terdapat sekumpulan ahli fisioterapi yang berdedikasi secara senyap-senyap, supaya pemain dapat menghadapi setiap cabaran dalam keadaan terbaik.

Presiden berkata pada masa ini, terdapat 10 ahli terapi fizikal di Pusat Latihan Sukan Negara, termasuk Zhou Yilun(周詣倫), Lin Hongyu(林虹妤), Duan Xin(段忻), Chen Songyuan(陳嵩元), Qiu Shijie(邱世杰), Wu Jiazhan(伍佳展), Shen Jingyao(沈敬耀), Lu Boling(盧柏伶), Zhao Xuemei(趙雪媚) dan Li Weien(李維恩). Selain itu, Chai Huimin(柴惠敏), profesor madya Jabatan Terapi Fizikal di Universiti Nasional Taiwan dan ahli fisioterapi pemain Rancangan Emas juga dijemput untuk memberi sokongan. 

Presiden Lai menegaskan bahawa sebagai tenaga logistik utama untuk pemain pasukan kebangsaan, ahli fisioterapi bertanggungjawab untuk menyokong pemain di semua peringkat latihan dan pertandingan. Mereka menyediakan sokongan dan sandaran yang paling komprehensif semasa latihan, semasa pertandingan dan selepas perlawanan. Apabila pemain menghadapi masalah kecederaan, mereka mesti menilai dan menanganinya dengan cepat untuk membantu pemain menyesuaikan keadaan mereka dan kembali ke pertandingan secepat mungkin.

Presiden berkata bahawa pada hari Hari Ahli Fisioterapi ini, beliau ingin memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya kepada semua ahli fisioterapi dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi sokongan terkuat untuk atlet dan membolehkan mereka menyinar di atas padang.

Komen

Terbaharumore