Sekurang-kurangnya 46 orang lemas, termasuk 37 kanak-kanak ketika meraikan festival Hindu di India timur, seorang pegawai kerajaan kepada AFP hari ini.
Insiden mangsa yang lemas berlaku dalam kejadian berasingan di negeri Bihar ketika sedang mandi secara ritual di sungai dan kolam yang melimpah akibat banjir baru-baru ini, menurut pegawai daripada Jabatan Pengurusan Bencana Bihar.
"Orang ramai mengabaikan paras air berbahaya di sungai dan kolam ketika mandi untuk merayakan festival berkenaan," kata pegawai berkenaan yang meminta untuk namanya tidak didedahkan kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Kejadian lemas berlaku sejak kelmarin di 15 daerah di negeri Bihar ketika penganut meraikan festival Jitiya Parv, yang diamalkan oleh ibu-ibu untuk kesejahteraan anak mereka.