close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Abang Adik wakil Malaysia ke Oscar

  • 07 October, 2024
  • 陳鑀枚
Abang Adik wakil Malaysia ke Oscar
'Abang Adik' adalah filem Malaysia pertama mencatatkan rekod tayangan tertinggi di luar negara.(foto :CNA)

Filem 'Abang Adik' dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun 2025.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pemilihan karya sentuhan sutradara Jin Ong itu hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan ditetapkan oleh penganjur.

Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.

"Antara pencapaian tertinggi adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.

Pelakon Wu Kangren telahpun memenangi anugerah pelakon terbaik lelaki di Festival Golden House pada tahun 2023.

Komen

Terbaharumore