(Taiwan, ROC) Komuniti Cina Luar Negara beberapa hari lalu mengadakan upacara menaikkan bendera bagi menyambut hari kebangsaan ke-113 Republik China. Ketua Pejabat Perwakilan Taiwan di AS, Alexander YuhTah-ray (俞大㵢) mengucapkan terima kasih kepada warga Taiwan di luar negara, dan juga berharap kerjasama dalam perjanjian pengelakan cukai berganda Taiwan-AS dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Komuniti Cina Luar Negara yang menyertai "Persatuan Kebajikan Disatukan Tionghua Washington DC", mengadakan upacara menaikkan bendera, dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Victor Quinto (伍毅文), Ketua Pejabat Perwakilan ROC di AS Alexander Yui dan isterinya, Timbalan Ketua Pejabat Perwakilan ROC di AS, Yang Yi-shan (楊懿珊), Wakil Kuomintang ke Amerika Syarikat, dan Victor Chin (秦日新).
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa, diikuti dengan menaikkan bendera kedua-dua negara dan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu bendera Republik China.
Alexnader Yu Tah-ray berkata bahawa Komuniti Tionghua Luar Negara di AS telah lama menyokong kebebasan dan demokrasi Taiwan, dan mengadakan upacara menaikkan bendera Hari Kebangsaan setiap tahun di ibu kota paling ikonik di Amerika Syarikat, Washington DC. Bagi pihak Presiden Lai Ching-te, Naib Presiden Hsiao Bii-khim, beliau merakamkan penghargaan kepada orang Tionghua seberang laut.
Beliau juga berterima kasih kepada orang Tionghua di luar negara atas bantuan mereka dalam mempromosikan hubungan Taiwan-AS, yang semakin erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kongres AS ke-118 pada masa ini telah meluluskan 80 rang undang-undang persahabatan dengan Taiwan, menunjukkan sepenuhnya sokongannya terhadap Taiwan.
Beliau berkata bahawa Taiwan dan Amerika Syarikat kini sedang merundingkan fasa kedua Inisiatif Ekonomi Perdagangan Taiwan-AS Abad Ke-21. Beliau juga berharap Senator AS akan meratifikasi perjanjian pengelakan cukai berganda Taiwan-AS sebelum akhir tahun ini supaya hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak dapat diperkukuhkan dan dibawa ke peringkat lebih tinggi.