close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Laporan PBB: 1.1 bilion orang hidup dalam kemiskinan teruk, lebih separuh daripadanya adalah kanak-kanak

  • 19 October, 2024
  • 陳鑀枚
Laporan PBB: 1.1 bilion orang hidup dalam kemiskinan teruk, lebih separuh daripadanya adalah kanak-kanak
Seorang kanak mencari makanan ataupun barang boleh terpakai di gunung sampah. - Foto AFP

Lebih satu bilion orang dilaporkan hidup dalam kemiskinan teruk di seluruh dunia, dengan kanak-kanak menyumbang lebih separuh daripada mereka yang terjejas berdasarkan laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Menurut ketua perangkaan UNDP, Yanchun Zhang(張硯春), Indeks Kemiskinan Berbilang Dimensi (MPI) 2024 menunjukkan gambaran menyedihkan di mana 1.1 bilion orang mengalami kemiskinan multidimensi, di mana 455 juta daripadanya hidup dalam bayang-bayang konflik.

"Bagi golongan miskin di negara yang dilanda konflik, perjuangan untuk keperluan asas adalah pertempuran yang jauh lebih hebat dan terdesak," katanya.

Kertas kerja yang diterbitkan dengan Oxford Poverty and Human Development Initiative (OPHI) menekankan bahawa kadar kemiskinan adalah tiga kali lebih tinggi di negara-negara berperang, memandangkan 2023 menyaksikan konflik paling banyak di seluruh dunia sejak Perang Dunia Kedua.

UNDP dan OPHI menerbitkan MPI setiap tahun sejak 2010, mengumpulkan data dari 112 negara dengan gabungan populasi 6.3 bilion orang.

Ia menggunakan penunjuk seperti kekurangan tempat tinggal yang mencukupi, sanitasi, elektrik, bahan api memasak, pemakanan dan kehadiran ke sekolah.

India ialah negara yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai berdepan kemiskinan tegar, yang memberi kesan kepada 234 juta daripada 1.4 bilion penduduknya.

Ia diikuti oleh Pakistan, Ethiopia, Nigeria dan Republik Demokratik Congo.

Lima negara itu menyumbang hampir separuh daripada 1.1 bilion penduduk miskin.

Komen

Terbaharumore