Dengan seruan daripada dunia sastera bertahun-tahun, Muzium Kesusasteraan Taipei akhirnya memberi khabar baik! Datuk Bandar Taipei Chiang Wan-an (蔣萬安) mengumumkan bahawa Muzium Kesusasteraan Taipei akan ditubuhkan di "Bangunan Gongguan" yang baru dibina di Jabatan Kerja Air Taipei. Ia dijadualkan dibuka untuk beroperasi pada penghujung tahun 2027. Diharapkan dalam masa depan, ia akan disepadukan dengan Universiti Nasional Taiwan, Universiti Normal Taiwan Nasional, tempat seni dan budaya, rumah penerbitan sastera untuk menjadi mercu tanda penting yang berfungsi sebagai tempat promosi sastera, pertukaran dan juga destinasi masa lapang dan rekreasi.
Datuk Bandar Taipei Chiang Wan-an berkata, " Budaya adalah jiwa bandar. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-140 penubuhan Bandaraya Taipei. Kami juga mendapati bahawa banyak karya budaya atau sastera klasik sebenarnya dihasilkan di tanah ini semasa tempoh ini, termasuk "Orang Taipei"《臺北人》 oleh Bai Xianyong (
白先勇) yang berkait rapat dengan Taipei, dan "Citarasa Kota Taipei Lama"《味道台北舊城區》 yang ditulis oleh Encik Jiao Tong(焦桐) dan sebagainya. Ini sebenarnya merekodkan semua cerita, konteks sejarah, sifat inklusif dan kepelbagaian yang berlaku di Taipei. Muzium Kesusasteraan Taipei dijangka dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 2027, jadi kami sangat menantikannya. "
Sidang akhbar untuk mengumumkan peristiwa gembira dalam dunia sastera ini telah dihadiri oleh beberapa orang penulis, wakil dari dunia sastera dan kalangan penerbitan termasuk Luo Zhicheng(羅智成), Liao Yuhui(廖玉蕙), Xu Huizhi(許悔之), Wu Junyao(吳鈞堯), Lin Liqing(林立青), Zhang Xiaofeng(張曉風), Chen Ruoxi(陳若曦) , Yindi(隱地) dan lain-lain.
Feng Deping(封德屏), ketua perancangan untuk Pejabat Persediaan Muzium Kesusasteraan Taipei dan pengerusi Yayasan Pengembangan Sastera Taiwan, melahirkan rasa terima kasihnya kepada rakan-rakan dari Biro Hal Ehwal Kebudayaan Bandaraya Taipei atas kerja keras mereka dalam merancang Muzium Kesusasteraan Taipei. Dia terutama meminjam ayat daripada penyair Yan Xian(瘂弦) yang baru meninggal dunia, "Sastera tidak seharusnya menjadi kemewahan untuk sebilangan kecil orang sastera, ia harus menjadi keperluan dalam kehidupan semua orang." Dengan itu beliau menyeru semua untuk terus maju bersama dan bekerja keras ke arah matlamat ini bersama-sama.
Wakil penulis Zhang Manjuan(張曼娟) menyebut bahawa 15 tahun yang lalu, dia, Feng Deping dan yang lain bercadang kepada Pengarah Kebudayaan Kota Taipei ketika itu, Li Yongping (李永萍) secara peribadi. Namun, dia tidak menjangkakan bahawa ia akan mengambil masa 15 tahun untuk akhirnya melihat hasilnya. Sebagai orang asli Taipei , penulis Taipei, penulis Taiwan, Zhang Manjuan berkata bahawa ini adalah satu perkara yang sangat-sangat gembira untuk melihat penubuhan Muzium Kesusasteraan Taipei.