close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

2024 Pesta Filem Golden Horse Kehakiman Membuka Tayangan Perdana Dunia Drama Jenayah Perubatan "The Outlaw Doctor"

  • 22 October, 2024
  • 陳心怡
2024 Pesta Filem Golden Horse Kehakiman Membuka Tayangan Perdana Dunia  Drama Jenayah Perubatan
Drama jenayah perubatan "The Outlaw Doctor" akan ditayangkan perdana di dunia di Golden Horse 2024 (Gambar Disediakan oleh Jawatankuasa Eksekutif Golden Horse)

Festival Filem Golden Horse 2024 dan Yuan Kehakiman sekali lagi melancarkan Pesta Filem Golden Horse Kehakiman dan enam drama menarik telah terpilih. Drama jenayah perubatan《The Outlaw Doctor》 (化外之醫) yang membincangkan pertikaian pekerja asing, pertikaian perubatan, perjuangan antara undang-undang dan sifat manusia akan ditayangkan di Golden Horse World terlebih dahulu.

Selain itu, lima karya agung antarabangsa ditayangkan pertama kali termasuk "Black Box Diaries", "Stay Mum", "Artificial Justice", "All Your Faces", "Grand Me" di Taiwan. Pameran ini menggunakan pendekatan yang mudah dan mendalam untuk mambawa refleksi tentang isu #MeToo, kesan AI ke masyarakat, keadilan restoratif, ketegangan antara cinta dan undang-undang, dan isu penting lain di masyarakat Taiwan.

Presiden Kehakiman Xu Zongli (許宗力) berkata pada sidang akhbar pembukaan pada 22hb bahawa beliau sangat gembira untuk mewujudkan ruang untuk dialog dengan masyarakat melalui Festival Filem Kehakiman. Tahun ini, sebagai tambahan kepada "Anugerah Penciptaan Siri Drama Kehakiman", Yuan Kehakiman juga menyediakan "Anugerah Penciptaan Filem Kehakiman" di Persidangan Modal Teroka Golden Horse untuk menggalakkan lebih banyak penciptaan video bertemakan kehakiman. Dipercayai isu kehakiman boleh didekatkan kepada umum melalui pengaruh karya filem dan televisyen.

Tang Shengrong(湯昇榮), penerbit "The Outlaw Doctor", berkata bahawa dia berharap melalui bentuk drama yang hampir dengan kehidupan, penonton dapat memahami isu undang-undang dan perubatan berkaitan pekerja asing dan melihat wajah berbeza masyarakat Taiwan. Pada masa yang sama, orang ramai selepas menonton wayang, dapat memulakan perbincangan kemudian dan ini sebenarnya mempunyai kesan kepada masyarakat.

 Selain ditayangkan di bahagian "Jenayah dan Hukuman" Festival Filem Golden Horse, enam karya itu juga akan ditayangkan di Taichung dan Kaohsiung dari 30 November hingga 1 Disember. Perbincangan mendalam akan diadakan selepas tayangan dengan menjemput profesional undang-undang dan pakar dalam bidang yang berbeza untuk menjalankan dialog merentas domain, melanjutkan perbincangan mengenai isu kehakiman daripada filem itu dan merenung situasi semasa di Taiwan.

Komen

Terbaharumore