Kerajaan Punjab, India mengenakan larangan memasuki kebanyakan tempat awam, termasuk taman dan zoo, untuk melindungi orang ramai susulan pencemaran udara yang melanda wilayah timur Pakistan itu.
Ibu kota wilayah itu, Lahore diselubungi jerebu tebal minggu ini dan secara konsisten diberi penarafan sebagai bandar paling tercemar di dunia oleh kumpulan Switzerland, IQAir.
Keadaan itu turut menyebabkan sekolah ditutup dan arahan dikeluarkan untuk bekerja dari rumah.
Perintah dikeluarkan Kerajaan Punjab, hari ini, menetapkan 'orang ramai dilarang sepenuhnya daripada memasuki semua taman, zoo, taman permainan, tempat bersejarah, monumen, muzium dan taman tema' hingga 17 November depan di kawasan-kawasan termasuk Lahore.
Minggu lalu, Kerajaan Punjab menyalahkan udara toksik masuk dari India - negara jiran yang kualiti udara turut mencapai tahap berbahaya - atas pencemaran mencecah tahap tinggi tahun ini.