close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Taufan Usagi Semakin Hampir, Menghampiri Taiwan pada Pagi Jumaat

  • 14 November, 2024
  • 王麗蘭
Taufan Usagi Semakin Hampir, Menghampiri Taiwan pada Pagi Jumaat
Taufan Usagi Semakin Hampir, Menghampiri Taiwan pada Pagi Jumaat

(Taiwan, ROC) --- Biro Cuaca Pusat (CWA) Taiwan terus mengemas kini maklumat mengenai pergerakan taufan Usagi.

Pada pagi Khamis (14/11), CWA meramalkan taufan itu akan bergerak menghampiri daratan Taiwan, dengan kemungkinan bulatan ribut mencapai kawasan daratan pada pagi Jumaat. Apabila menghampiri Taiwan, kelajuan Taufan Usagi akan menjadi perlahan.

CWA menyatakan bahawa amaran taufan di kawasan lautan akan dikenakan di kawasan Selat Bashi. Bermula Khamis, kemungkinan ombak panjang akan berlaku di sepanjang pantai timur dan selatan Taiwan, termasuk Semenanjung Hengchun, Penghu, Pulau Orkid dan Pulau Hijau.

Ombak besar juga dijangka berlaku di perairan di luar pantai timur dan tenggara Taiwan, serta di Selat Bashi.

Wu Wan-hua (伍婉華), pakar teknikal kanan di CWA, berkata Usagi akan terus bergerak ke arah Selat Bashi sebelum membelok ke utara-barat laut dan kemudian utara-timur laut.

Laluan utara yang diunjurkan semasa akan membawa taufan lebih dekat ke tanah besar Taiwan berbanding ramalan sebelumnya.

Wu Wan-hua seterusnya menjelaskan bahawa taufan musim luruh lebih tidak dapat diramalkan kerana sistem cuaca yang lebih kompleks pada musim ini.

Gelombang sejuk yang menghampiri dari utara akan melemahkan tekanan tinggi Pasifik, yang kemudiannya boleh menjejaskan masa pusingan utara Taufan Usagi. Selain itu, ini juga berpotensi untuk membawa Usagi lebih dekat dengan tanah besar Taiwan.

Komen

Terbaharumore