"Dialog India Taiwan" telah dilancarkan pada 14hb. Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Tien Chung-kwang(田中光) berkata bahawa di bawah Dasar Baru Arah Selatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan antara Taiwan dan India telah mencapai kemajuan yang baik. Taiwan dengan India harus bersama menangani ancaman pengembangan autoritarian dan cabaran keselamatan, terutamanya Kerajaan Amerika Syarikat baharu akan mula memegang jawatan pada Januari tahun depan. Taiwan, Amerika Syarikat dan India harus mengukuhkan kerjasama tiga hala.
Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa badan pemikir India Observer Research Foundation (ORF) dan Persatuan Asia Taiwan menganjurkan bersama "Dialog Taiwan India" ke-3. Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Tien Chung-kwang berucap dalam upacara perasmian. Pengerusi Persatuan Asia Taiwan Hsiao, Hsin-Huang(蕭新煌), Presiden ORF Samir Saran dan Presiden Persatuan India Taipei Manharsinh Yadav turut menghadiri mesyuarat itu bersama orang ramai dari semua lapisan masyarakat .
Dalam ucapannya, Tien Chung-kwang berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah Dasar Baru Arah Selatan, hubungan antara Taiwan dan India telah mencapai kemajuan yang baik dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, budaya dan pendidikan. Hubunggan antara dua negara termasuk baru-baru ini, Perdana Menteri India Narendra Modi telah menyebut Taiwan berkali-kali. Selain itu, memorandum persefahaman mengenai kerjasama buruh telah ditandatangani antara Taiwan dan India. Pejabat Taiwan di Mumbai secara rasmi ditubuhkan dan beroperasi. Tahun 2025 merupakan tahun ke-30 untuk kedua-dua negara mendirikan pejabat perwakilan di kedua-dua pihak masing-masing. Akhirnya, terdapat 250 syarikat perniagaan Taiwan di India, dan pertukaran dua hala boleh dijangka terus berkembang.
Tien Chung-kwang berkata bahawa sebagai negara demokratik, Taiwan dan India harus bekerjasama untuk menangani ancaman pengembangan autoritarian dan cabaran keselamatan. Beliau juga menyeru kerajaan India untuk menyokong penyambungan semula penerbangan terus antara Taiwan dan India, bersama-sama mempromosikan dan memperdalam kerjasama dengan Taiwan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan perdagangan dua hala, budaya, dan pertukaran belia kumpulan pemikir.
Di samping itu, ketika mengalu-alukan Saran dan delegasinya pada jamuan tengah hari pada 13hb, Tien Chung-kwang berkata bahawa acara "Diwali" yang diadakan oleh Kementerian Luar Negeri dan Persatuan India Taipei baru-baru ini menunjukkan bahawa pertukaran budaya antara kedua-dua negara semakin meningkat. Taiwan adalah kuasa yang baik dalam masyarakat antarabangsa dan bersedia untuk menjadi pragmatik. Untuk membuat sumbangan bermakna melalui pelbagai cara, Presiden Lai Ching-te telah mempromosikan "Projek Dana Impian Sepuluh Billion Belia di Luar Negara" untuk menggalakkan belia Taiwan belajar dan bertukar-tukar ke pelbagai negara, dan berharap India akan bekerjasama dan bertindak balas.