(Taiwan, ROC) -- Ketua Lembaga Pelancongan Kementerian Pengangkutan pada 13 November berkata berdasarkan statistik terkumpul, pelancong yang memasuki Taiwan untuk tahun ini setakat 12 November 2024, terdapat 6,490,000 orang, melebihi jumlah standard bagi tempoh yang sama tahun lepas, iaitu 6,480. Untuk meluaskan pemasaran pelancongan, Lembaga Pelancongan akan menubuhkan Pusat Maklumat Pelancongan Taiwan (TTIC) di Filipina, Australia dan Belanda.
Lembaga Pelancongan menyatakan bahawa ketibaan pelancong antarabangsa ke Taiwan boleh terus dipulihkan kepada standard seperti sebelum wabak COVID-19 melanda. Lembaga Pelancongan telah melancarkan pelbagai strategi pemasaran dan penempatan, bagi meraih bahagian pasaran, termasuk menempatkan Pusat Maklumat Pelancongan Taiwan (TTIC) di Jakarta, Indonesia, Mumbai, India, Paris, Perancis dan Vancouver, Kanada dan lain-lain, bahawa ia boleh meningkatkan pengembangan dan memperdalam pemasaran. Tambahan pula, ia juga akan memperluaskan penempatan TTIC di Manila, Filipina, Sydney, Australia, Amsterdam, Belanda, dan berusaha untuk membina bahagian pasaran dalam setiap sumber pelancong.
Dalam usaha untuk bertindak balas terhadap pemulihan pelancongan global selepas pandemik dan untuk mempromosikan pelancongan Taiwan, atas sebab ini Taiwan menukar imej dan slogan jenama pelancongannya, Lembaga Pelancongan mengeluarkan imej jenama pelancongan Taiwan 3.0 "TAIWAN-Waves of Wonder (台灣魅力‧驚喜無限)" pada Mei 2024 ,menghasilkan video promosi pelancongan Taiwan pada Oktober 2024, dan menjemput jurucakap pelancongan Taiwan dalam bahagian pasaran utama, menggunakan pelbagai strategi seperti mengambil bahagian dalam pameran pelancongan di luar negara, mengadakan promosi pelancongan, pengiklanan luar (seperti Time Square New York, Amerika Syarikat), pengiklanan elektronik, pengiklanan di media (seperti CNN, BBC) dan lain-lain. Selain itu, Lembaga Pelancongan juga memperkukuh kerjasama rentas agensi, bagi mewujudkan tema pelancongan seperti budaya, pengangkutan, ekologi, kereta api dan lain-lain yang digabungkan dalam produk pelancongan, menggerakkan tema pelancongan MICE, kapal persiaran, transit dan tema lain, kami harap dapat menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Taiwan.
Lembaga Pelancongan menyatakan bahawa setiap akhir tahun adalah tempoh puncak pelancongan global, bagi merangsang keinginan pelancong asing untuk datang ke Taiwan. Atas sebab ini Lembaga Pelancongan turut mempromosikan program HSR Beli satu percuma satu, menggalakkan kerjasama dengan syarikat penerbangan, ejen pelancongan untuk menyediakan "One More Time" dan lain-lain kepada FIT, dengan harapan agar promosi yang dijalankan dapat membawa kemasukan pelancong ke Taiwan.