close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Presiden Tsai dan PM Chen Kunjungi Pusat Tindak Balas Bencana, Kesan Taufan Khanun Paling Dirasai Pada Tengah Malam

  • 03 August, 2023
  • 王麗蘭
Presiden Tsai dan PM Chen Kunjungi Pusat Tindak Balas Bencana, Kesan Taufan Khanun Paling Dirasai Pada Tengah Malam
taufan

(Taiwan, ROC)-- Pusat Tindak Balas Bencana (PTB) mengadakan mesyuarat untuk membentangkan laporan kerja ke-5 pada pukul 9 pagi hari ini (3/8), Presiden Tsai Ing-wen dan Perdana Menteri Chen Chien-jen meninjau persiapan bencana. Pusat Tindak Balas dan kesediaan setiap agensi mengatakan pergerakan Taufan Khanun semakin perlahan, Biro Klimatologi Pusat (CWB) Taiwan menganggarkan pusaran Taufan Khanun yang membawa angin kencang dan hujan lebat akan memasuki Taiwan pada petang, jadi malam ini (3/8) hingga awal pagi esok ( 4/8) akan dilanda pusaran luar dan angin barat daya. Ribut petir akan turun di kawasan sekitar utara, tengah dan selatan Taiwan.

CWB berkata angin kencang dan hujan lebat melanda Taiwan di bahagian Utara sampai Hsinchu dan Miaoli. Pusat Sains dan Teknologi Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana (NCDR) turut mengingatkan kawasan rendah seperti Keelung supaya lebih berwaspada terhadap bencana banjir.

Perdana Menteri Chen Chien-jen berkata, kesan Taufan Khanun amat jelas di Taiwan sejak 2 hari lalu, PM Chen mengingatkan setiap agensi untuk memperkasakan sistem perparitan, merancang amaran dan kawasan sekatan; menggesa orang ramai supaya tidak pergi ke kawasan pergunungan atau pantai, menghalang orang ramai yang ingin ke pantai untuk melihat ombak, mengaktifkan amaran berjaga-jaga dan kawalan lalu lintas serta memberi perhatian kepada keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah.

Komen

Terbaharumore