close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Udara Sejuk Akan Bergelombang di Taiwan Mulai Minggu Depan

  • 23 November, 2024
  • 王麗蘭
Udara Sejuk Akan Bergelombang di Taiwan Mulai Minggu Depan
Ombak Sejuk Akan Bergelombang di Taiwan Mulai Minggu Depan

(Taiwan, ROC) --- Musim sejuk benar-benar sudah tiba! Baru-baru ini, akibat pengaruh angin monsun timur laut, suhu udara terasa lebih sejuk. Bagaimanapun, minggu depan suhu udara akan turun lagi.

Dipengaruhi oleh udara sejuk, suhu terendah akan terjadi pada malam Rabu (27/11) hingga pagi Khamis minggu depan (28/11). Suhu udara di kawasan tanah rendah utara akan turun kepada 13 darjah Celsius.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, masuk awal Disember, akan berlaku lagi gelombang udara sejuk yang diramal menghampiri paras udara sejuk melampau.

Ramalan model cuaca GFS dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pada 27 November dan 28 November, udara sejuk akan mencapai paras laut di utara Taiwan.

Sementara itu, pada 3 Disember dan 4 Disember, lebih banyak udara sejuk akan turun. Garisan udara sejuk 0 darjah Celcius akan menindas kawasan udara di atas Taipei, jadi dikhuatiri suhu di Taipei akan mencapai tahap jisim udara yang sangat sejuk, dan kemungkinan ia akan menghampiri tahap udara sejuk yang melampau.

Komen

Terbaharumore