close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Bantuan Taiwan kepada Ukraine Dihargai, Wu Chih-chung Menjelaskan Keputusan di Slovakia

  • 28 November, 2024
  • 王麗蘭
Bantuan Taiwan kepada Ukraine Dihargai, Wu Chih-chung Menjelaskan Keputusan di Slovakia
Bantuan Taiwan kepada Ukraine Dihargai, Wu Chih-chung Menjelaskan Keputusan di Slovakia

(Taiwan, ROC) – Timbalan Menteri Hal Ehwal Politik Kementerian Luar Negeri (MOFA) Taiwan, Wu Chih-chung (吳志中) mewakili kerajaan Taiwan menghadiri “Sidang Akhbar Mengenai Keputusan Bantuan ke Ukraine” yang diadakan di Slovakia. Acara itu menunjukkan hasil konkrit kerjasama kerajaan Taiwan dengan negara demokrasi dalam menyokong pembinaan semula Ukraine. Wakil Ukraine yang menerima bantuan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Taiwan dan merakamkan penghargaan mereka atas hasil bantuan ini.

Menurut kenyataan akhbar dari Pejabat Perwakilan Taiwan di Slovakia, Wu Chih-chung (吳志中) diiringi oleh Ketua Pejabat Perwakilan Taiwan di Slovakia Li Nan-yang (李南陽) dalam sidang akhbar berkata bahawa Taiwan, sebagai sebuah negara demokrasi dan merupakan negara berada di barisan hadapan mempertahankan kebebasan dan demokrasi, dan akan terus berusaha untuk membantu tindakan untuk Ukraine.

Wu Chih-chung (吳志中) menjelaskan bahawa sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022, Taiwan segera menyatakan sokongannya kepada Ukraine. Selain mengumpul NT$930 juta derma daripada orang ramai, Taiwan turut bekerjasama dengan kerajaan Slovakia untuk menderma NT$2.1 juta kepada pelarian Ukraine dan menghantar lebih 350 tan bantuan kemanusiaan. Tindakan ini menekankan tanggungjawab Taiwan dalam mempertahankan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia di peringkat global.

Wu Chih-chung (吳志中) menegaskan bahawa kerajaan Taiwan tahun lalu menyambung semula kerjasama dengan Slovakia. Berdasarkan cadangan daripada kerajaan Slovakia, Pejabat Perwakilan Taiwan di Slovakia menandatangani perjanjian kerjasama untuk membantu Ukraine bersama Yayasan Masyarakat Terbuka dan Yayasan Pontis di Slovakia.

Wu Chih-chung (吳志中) menjelaskan bahawa Taiwan menyumbang 5 juta dolar AS untuk bekerjasama dengan kerajaan Slovakia dalam menyokong pembinaan semula Ukraine, memberi tumpuan kepada pembinaan kemudahan perubatan dan pendidikan di wilayah Chernihiv, Ukraine.

Komen

Terbaharumore