close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Bandaraya Terbaik Dunia 2025: London menduduki No. 1 selama 10 Tahun Berturut-turut, Taipei Masuk ke Top 100

  • 01 December, 2024
  • 陳鑀枚
Bandaraya Terbaik Dunia 2025: London menduduki No. 1 selama 10 Tahun Berturut-turut, Taipei Masuk ke Top 100
Taipei 101. Gambar profil. (Flip Pexels.com)

Syarikat pemasaran Resonance bekerjasama dengan syarikat penyelidikan pasaran Ipsos SA untuk menilai "Bandaraya Terbaik Dunia 2025". London, UK, telah menduduki tempat pertama selama 10 tahun berturut-turut di antara lebih daripada 270 bandar. Taipei juga masuk ke senarai 100 teratas, menduduki tempat ke-76.

CNN melaporkan, laporan "Bandaraya Terbaik Dunia 2025" ini menilai bandar berdasarkan kemampuan dihuni, daya tarik, dan kemakmuran, akhirnya menghitung jumlah skor keseluruhan. Selain merujuk data, ia juga meninjau 22,000 orang di 30 negara.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa dari hutan kota ke pemandangan alam, Taipei memiliki industri pembuatan teknologi serta gaya hidup yang mengagumkan. "Berlokasi di pesisir barat Pasifik, Taipei adalah rumah bagi the susu Boba yang popular, barbecue Mongolia, dan ladu sup Din Tai Fung, dan  pasar malam seperti Shida, serta restoran makanan kelas atas seperti RAW dan Mume."

Dalam penilaian "Daya Tarik" (Lovability), Taipei menduduki peringkat ke-51, dan kemampuan dihuni peringkat ke-56. Bukan hanya makanannya yang menarik, tetapi juga banyak taman hijau, dengan jarak tempuh singkat.sebagai contoh, kita boleh mencapai Taman Nasional Yangmingshan untuk menikmati pemandangan alam.

Selain itu, Bandaraya Taipei juga merupakan pusat teknologi dan semikonduktor global, dengan GDP per kapita menduduki peringkat ke-18 dunia. Selain itu, kebijakan sosial Taiwan yang maju, termasuk menjadi negara Asia pertama yang mempunyai undang khas untuk perkahwinan sesama gender, menjadikan Taipei sebagai lingkungan yang inklusif dan ramah bagi penduduk serta pengunjung.

Peringkat "Bandaraya Terbaik" dari tempat ke-2 hingga ke-10 adalah: New York,  Paris, Tokyo, Singapura, Roma, Madrid, Barcelona, Berlin, dan Sydney.

Komen

Terbaharumore