close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Ramai pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan mendesak di Nantou akibat bencana. Perdana Menteri Chen Jianren (陳建仁) berkata: Bantu dalam perawatan.

  • 05 August, 2023
  • 楊偉光
Ramai pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan mendesak di Nantou akibat bencana. Perdana Menteri Chen Jianren (陳建仁)  berkata: Bantu dalam perawatan.
Gambar menunjukkan Perdana Menteri Chen Jianren (陳建仁) pada 3hb Ogos menemani Presiden Tsai Ing-wen (蔡英文) mengunjungi Pusat Respons Bencana . (Gambar: Pejabat Eksekutif Yuan)

Disebabkan oleh pengaruh lingkaran luar Taufan Khanun, hujan di Negeri Nantou, Daerah Renai sangat mengejutkan, beberapa jalan ditutup, banyak tempat runtuh, dan lebih banyak stesen minyak tertimbus oleh tanah gelongsor, gambarannya mengejutkan. Perdana Menteri Chen Jianren memeriksa Pusat Respons Bencana pada petang hari ini (5hb) dan berhubung dengan Menteri Besar Nantou Xu Shuhua (許淑華), Menteri Besar Chiayi Weng Zhangliang (翁章梁) , dan Dato Bandar Kaohsiung Chen Qimai (陳其邁) untuk memberi arahan agar jalan dibuka secepat mungkin dan memberi bantuan kepada mangsa bencana yang memerlukan perawatan perubatan.

Hujan di Negeri Nantou , Daerah Renai sangat mengejutkan, menyebabkan beberapa jalan ditutup, banyak tempat runtuh, dan landasan hilang, termasuk bahagian dari jalan Tai 14, Jalan 89 Nantou, jalan 83 Nantou ditutup, dan lebih banyak stesen minyak tertimbus oleh tanah gelongsor.

Komandan Pusat Respons Bencana dan Menteri Dalam Negeri Lin Youchang (林右昌) menunjukkan bahawa saat ini Negeri Nantou sedang membuka tingkat pertama karena angin bencana, Negeri Miaoli , Bandar Tainan dan Kaohsiung dalam peringkat ke-3 kerana banjir, sedangkan Negeri Chiayi dalam peringkat ke-3 kerana bencana tanah gelongsor.

Perdana Menteri Chen Jianren (陳建仁) memeriksa Pusat Respons Bencana pada petang hari ini (5hb) dan berhubung dengan Menteri Besar Nantou Xu Shuhua(許淑華), Menteri Besar Chiayi Weng Zhangliang (翁章梁), dan Dato Bandar Kaohsiung Chen Qimai (陳其邁) untuk memberi arahan agar jalan dibuka secepat mungkin dan memberi bantuan kepada mangsa bencana yang memerlukan perawatan perubatan. Dia berkata:“(Suara asli) Di sini saya juga melihat ada 8 pesakit cuci darah yang memenuhkan pengiriman darurat untuk perawatan. Kami akan berusaha melalui berbagai cara untuk memastikan bahawa pasakit  mendapatkan perawatan perubatan sesegera mungkin.”

Timbalan Perdana Menteri Zheng Wencan (鄭文燦) juga berada di Pusat Respons Bencana Negeri Nantou. Menteri Besar Xu Shuhua (許淑華), menyebutkan saat terhubung bahawa Daerah Renai sekarang dalam keadaan penuh dengan bencana, saat ini masih ada sekitar 20 penduduk yang terperangkap di jalan 83 Nantou dan jalan 89 Nantou. Ada 26 suku di Dareah Renai yang masih dalam keadaan putus air dan eletrik. Menurut pemahamannya, masih ada beberapa pasakit yang memeluhkan cuci darah. Jika jalan tidak dapat dibuka tepat waktu, dia berharap pemerintah pusat akan menyediakan helikopter untuk membantu menghantar pesakit ke rumah sakit.

Komen

Terbaharumore