(Taiwan, ROC) --- Selatan Thailand baru-baru ini memasuki musim hujan, dengan banyak kawasan mengalami banjir akibat hujan lebat. Sebuah video yang telah 麼ㄇmenular di internet menunjukkan seekor makhluk gergasi terapung di dalam air dengan badannya sentiasa bergerak.
Menurut maklumat, ini adalah ular sawa yang lemas dan membengkak kerana ditenggelami air, jadi ia kelihatan sangat besar. Berdasarkan laporan media Thai dan media sosial, kejadian ini berlaku di dalam parit besar berhampiran bilik pameran Honda di Wang Pla Mo, Pattani. Ular sawa itu mati lemas dengan kepalanya tersangkut di jeriji longkang dan tenggelam dalam banjir, manakala bahagian belakang badannya terapung di arus.
The Bangkok Post melaporkan perut ular itu membengkak menandakan ia baru saja makan sesuatu, mungkin seekor anjing. Warga Net Thailand menjelaskan saiz ular itu sebenarnya tidaklah sebesar mana, kerana sentiasa ditenggelami air dan kulitnya yang kuat mampu menahan air, membuatkan badannya mengembang dan kelihatan sangat besar.
Ada juga warga net yang mengatakan ular sawa ini dibunuh penduduk selepas memakan itik orang kampung.