close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Presiden Lai dan Surangel Whipps Jr. Naiki Kapal Yunlin untuk Memeriksa Latihan Menyelamat Maritim Bersama Taiwan-Palau

  • 06 December, 2024
  • 王麗蘭
Presiden Lai dan Surangel Whipps Jr. Naiki Kapal Yunlin untuk Memeriksa Latihan Menyelamat Maritim Bersama Taiwan-Palau
Presiden Lai dan Surangel Whipps Jr. Naiki Kapal Yunlin untuk Memeriksa Latihan Menyelamat Maritim Bersama Taiwan-Palau

(Taiwan, ROC) – Di destinasi terakhir perjalanan yang dinamakan “Kemakmuran Pulau Selatan, Kelestarian Pintar”, Presiden Lai Ching-te (賴清德) pagi ini (6/12) bersama Presiden Palau, Surangel Whipps Jr. menghadiri latihan menyelamat maritim Taiwan-Palau bersama di Pelabuhan Malakal.

Presiden Lai dalam ucapannya menyatakan bahawa Taiwan dan Palau adalah negara maritim, maka penjagaan pantai adalah sangat penting. Oleh itu, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Taiwan dan Palau telah menandatangani perjanjian kerjasama pengawal pantai dan mula menjalankan pertukaran pengawal pantai secara tetap untuk bersama-sama mengekalkan ketenteraman maritim.

Presiden Lai menegaskan bahawa "Kapal Chiayi" pada Januari tahun ini melawat Palau untuk pertukaran kerjasama dan menjalankan latihan bersama di laut. Kali ini, "Kapal Yunlin" datang khas ke Palau untuk menyertai latihan tersebut. Presiden Lai berasa gembira melihat kapal Yunlin yang bukan sahaja mengukuhkan keselamatan maritim Taiwan, malah turut membantu negara-negara sahabat dalam melindungi laut mereka.

Selain itu, dua bot peronda yang didermakan oleh Taiwan kepada Palau pada 2021 turut menyertai latihan ini bagi menjalankan misi menyelamat. Presiden Lai menyatakan bahawa beliau menantikan hasil kerjasama antara anggota peronda pantai dari kedua-dua negara.

Presiden Lai menekankan bahawa keselamatan maritim dan bantuan kemanusiaan tidak menghormati sempadan negara. Pada masa hadapan, Taiwan akan terus memperdalam kerjasama dengan Palau dan negara demokrasi lain untuk bersama-sama mengekalkan kestabilan dan keselamatan serantau, dan melindungi laut yang indah dan berharga.

Kemudian, Presiden Lai dan Presiden Surangel Whipps Jr. bersama-sama merasmikan dan menandatangani plak peringatan mesra yang dipasang di dalam kabin sebagai kenangan latihan bersama ini. Kedua-duanya turut melawat kawasan kabin dan bersama-sama memandu kapal dari ruang roda, melambangkan hubungan mesra antara kedua-dua negara dan kepimpinan masing-masing dalam memimpin negara mereka ke arah masa depan yang cerah dan sejahtera.

Kapal Yunlin ialah kapal peronda buatan dalam negara seberat 4,000 tan yang mampu menghadapi angin tahap 10, dengan jarak pelayaran sehingga 10,000 batu nautika, dilengkapi dengan tiga meriam air tekanan tinggi dengan jarak sehingga 120 meter. Di samping itu, kapal Yunlin mempunyai kemudahan perubatan canggih yang setara dengan hospital lapangan.

Timbalan Menteri Kesihatan dan Kebajikan Taiwan, Lin Ching-yi (林靜儀), yang menyertai lawatan ini menjelaskan bahawa bilik perubatan kapal Yunlin itu setara dengan bilik bedah hospital biasa. Kemudahan ini bukan sahaja memberikan rasa selamat kepada pegawai pengawal pantai semasa menjalankan tugas, tetapi juga membolehkan respons pantas dalam situasi kecemasan.

Komen

Terbaharumore