close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Paling Sejuk sejak Musim Sejuk, Suhu Badan Akan Mencapai 6C, Perhatikan Masa Di Bawah!

  • 12 December, 2024
  • 王麗蘭
Paling Sejuk sejak Musim Sejuk, Suhu Badan Akan Mencapai 6C, Perhatikan Masa Di Bawah!
Paling Sejuk pada Musim Sejuk, Suhu Badan Akan Mencapai 6C, Perhatikan Masa Di Bawah!

(Taiwan, ROC) --- Cuaca di seluruh Taiwan akan berubah secara drastik. Gelombang udara super sejuk dari hemisfera utara bumi akan bergerak ke selatan dan perlahan-lahan menghampiri kawasan Taiwan.

Suhu dijangka turun di bawah 10 darjah celsius, malah suhu yang dirasai dalam badan mungkin mencecah paras 6 darjah celsius. Keadaan sejuk ini diramalkan berlarutan selama 3 hari.

Menjawab perkara ini, pakar klimatologi di Taiwan, Lin Te-en (林得恩) menyatakan bahawa disebabkan kesan angin sejuk, suhu yang dirasakan akan turun lagi 1 hingga 3 darjah, menjadikan udara terasa lebih sejuk.

Jabatan Klimatologi Pusat (CWA) menjelaskan, kemuncak sejuk akan dirasai mulai Sabtu hingga Isnin depan. Pakar Klimatologi Wu Der-romg (吳德榮) menunjukkan bahawa berdasarkan simulasi model cuaca terkini, udara sejuk yang kuat akan bergerak ke selatan mulai petang esok (13/12), dengan suhu menurun dan semakin sejuk menjelang petang.

Wu Der-rong seterusnya menyatakan bahawa berdasarkan simulasi model cuaca terkini dari pelbagai negara, gelombang udara sejuk ini adalah yang paling kuat sejak awal musim sejuk.

Mulai Sabtu (14/12) hingga pagi Isnin (16/12), suhu minimum di beberapa dataran rendah akan turun di bawah 10C.

Di samping itu, Lin Te-en, Doktor Sains Atmosfera dari Universiti Nasional Taiwan, menganalisis bahawa disebabkan oleh pengaruh kesan angin sejuk, suhu yang dirasai dalam badan akan turun sebanyak 1 hingga 3 darjah lagi, menjadikan udara terasa lebih sejuk, jadi sangat penting untuk mengekalkan kehangatan badan.

Komen

Terbaharumore