close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Mulai Tahun 2025, Kanak-Kanak Berumur 10 Tahun Ke Atas Boleh Menggunakan e-Gate untuk Pemeriksaan Imigresen.

  • 17 December, 2024
  • 陳鑀枚
Mulai Tahun 2025, Kanak-Kanak Berumur 10 Tahun Ke Atas Boleh Menggunakan e-Gate untuk Pemeriksaan Imigresen.
E-gate di kawasan Pemeriksaan Imigresen Lapangan Terbang Taoyuan. (foto: CNA)

Jabatan Imigresen (NIA)hari ini (17 Disember) mengumumkan bahawa penggunaan sistem pemeriksaan automatik (e-Gate) akan diperluaskan kepada lebih ramai individu pada tahun 2025. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Chung Ching-kun(鍾景琨), berkata bahawa mulai akan datang, rakyat Taiwan yang berumur 10 tahun ke atas dan mempunyai ketinggian 120 cm ke atas, serta memegang pasport cip, boleh menggunakan sistem pemeriksaan automatik generasi baharu (e-Gate) dan lulus imigresen dalam masa 10 saat.

Menurut Jabatan Imigresen, berdasarkan peraturan semasa, rakyat Taiwan yang ingin menggunakan sistem pemeriksaan automatik (e-Gate) perlu berumur sekurang-kurangnya 12 tahun dan mempunyai ketinggian lebih daripada 140 cm. Bagi membolehkan lebih ramai rakyat Taiwan menikmati kemudahan e-Gate, Jabatan Imigresen memutuskan untuk menurunkan had umur kepada 10 tahun dan ketinggian minimum kepada 120 cm, dengan pelaksanaan dijangka pada 1 Januari 2025.

Jabatan Imigresen turut menyatakan bahawa mengikut peraturan baru mengenai undang-undang imigresen dan keluar masuk negara, mulai 1 Januari 2025, rakyat tanpa rekod kewarganegaraan (stateless) juga akan dilayan sama seperti rakyat Taiwan. Mereka yang berumur 10 tahun ke atas dan mempunyai ketinggian lebih daripada 120 cm serta memegang pasport cip yang sah dari Taiwan, boleh memohon untuk menggunakan e-Gate.

Komen

Terbaharumore