(Taiwan, ROC) —- Pada petang Khamis (19/12), kejadian kebakaran berlaku di gudang PX Mart yang terletak di Daerah Dadu, Kota Taichung.
Kebakaran dipercayai bermula akibat kimpalan cuai di ruang bawah tanah, dan diburukkan lagi dengan kehadiran bahan mudah terbakar, dalam bentuk styrofoam, di lokasi.
Kebakaran itu memakan keluasan keseluruhan 8,692 ping (1 ping bersamaan dengan 3.3 meter persegi).
Sehingga berita ini dikeluarkan, 9 orang dilaporkan meninggal dunia, 7 orang cedera, dan 2 orang dalam keadaan kritikal.
Kejadian berlaku pada pukul 13:24, dan api cepat merebak di luar kawalan berikutan kehadiran styrofoam di sekitar lokasi.
Kepulan asap hitam terus naik dari lokasi kebakaran. Menjawab laporan itu, Jabatan Bomba Bandar Taichung mengerahkan sejumlah 34 jentera bomba, 8 ambulans dan 91 anggota bomba ke lokasi kejadian.