(Taiwan, ROC) Presiden Lai Ching-te hari ini, 14 Januari 2025, menganugerahkan "Order of Brilliant Star" kepada Bekas Menteri Luar Lithuania Gabrielius Landsbergis sebagai tanda terima kasih atas sumbangannya kepada hubungan Taiwan-Lithuania.
Presiden berkata, dengan sokongan Gabrielius Landsbergis, Pejabat Perwakilan Taiwan di Lithuania menjadi pejabat perwakilan pertama yang menggunakan nama Taiwan di Eropah. Beliau juga berterima kasih kepada Gabrielius Landsbergis yang berkeras untuk berdiri di kedudukan Taiwan, menjadikannya sebagai penting dalam mengeratkan hubungan antara Taiwan dan Lithuania.
Gabrielius Landsbergis berkata, pihaknya berharap hubungan persahabatan dan kerjasama antara Taiwan dan Lithuania dapat diteruskan terutama perpaduan Taiwan dan Lithuania dalam usaha menghadapi ancaman autoritarianisme, beliau berharap hubungan Taiwan dan Lithuania dapat menggerakkan penyertaan pihak dan negara lain supaya kem demokrasi akan menjadi lebih kuat dan lebih besar.
Presiden Lai Ching-te dalam ucapannya berkata, sambil mengingatkan bahawa semasa pandemik COVID-19, Lithuania adalah negara pertama di Eropah yang menyumbangkan vaksin kepada Taiwan, pada masa itu Gabrielius Landsbergis berkata "Pencinta kebebasan harus menjaga satu sama lain", ini menarik perhatian ramai orang Taiwan, dan dengan sokongan Gabrielius Landsbergis, Taiwan dan Lithuania bukan sahaja menubuhkan pejabat perwakilan antara satu sama lain, tetapi pejabat perwakilan Taiwan di Lithuania juga merupakan yang pertama di Eropah menggunakan nama Taiwan, dan Taiwan dan Lithuania juga membawa kerjasama yang semakin pelbagai seperti dalam semikonduktor, laser, kewangan, perubatan dan lain-lain.