(Taiwan, ROC) – Kementerian Pertahanan Negara (MND) Taiwan berkata dari jam 6 pagi semalam (19/1) hingga 6 pagi hari ini (20/1), sebanyak 4 pesawat tentera dari Tanah Besar China telah dikesan, 3 daripadanya memasuki ruang udara sebelah barat daya dan timur Taiwan dan 6 buah kapal perang, sebanyak 10 buah pesawat dan kapal perang terus menjalankan aktiviti di sekitar Selat Taiwan.
Pada masa sama, MND turut mengumumkan 2 belon udara panas yang dilancarkan oleh Parti Komunis China (PKC) telah dikesan, yang pertama pada jam 8:35 pagi semalam pada kedudukan 91 km barat daya Keelung pada ketinggian 18 ribu kaki, ini belon udara panas hilang pada 9:03 pagi; Selepas itu pada pukul 9.17 pada hari yang sama sebuah belon udara panas dikesan di sebelah barat daya pada ketinggian 18 ribu kaki dan hilang pada pukul 9.55 pagi.
Semalam, MND mengesan 1 helikopter terbang melintasi barat daya Taiwan dari 3:05 hingga 4:40 petang, dan pagi ini dari 9:40 hingga 11:40 pagi, sebuah lagi helikopter dikesan di timur Taiwan. MND menegaskan bahawa ia menggunakan pesawat misi, kapal dan sistem peluru berpandu luar pesisir untuk memantau keadaan dengan teliti.