close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Ancaman tarif Trump Financial Times: TSMC mungkin membawa teknologi termaju ke AS

  • 12 February, 2025
  • 王麗蘭
Ancaman tarif Trump Financial Times: TSMC mungkin membawa teknologi termaju ke AS
Ancaman tarif Trump Financial Times: TSMC mungkin membawa teknologi termaju ke AS

(Taiwan, ROC) Timbalan Menteri Chiang Wen-jo (江文若) tiba di Amerika Syarikat semalam (11/2), secara kebetulan, lembaga pengarah TSMC mengadakan mesyuarat pertamanya di AS. Chiang Wen-jo, pegawai kerajaan AS dan lembaga pengarah TSMC akan duduk bersama untuk membincangkan topik meminimumkan ancaman rancangan kenaikan tarif Presiden AS Donald Trump.

Media Financial Times melaporkan bahawa Donald Trump sangat bersemangat untuk membina halangan perdagangan, kerajaan dan perniagaan di seluruh dunia sibuk bertindak balas terhadap perkara ini. Walau bagaimanapun, apabila menyentuh isu ini, hanya sedikit yang mempunyai kepentingan seperti Taiwan dan TSMC.

Trump menegaskan bahawa dia tidak akan menjadi seperti bekas Presiden AS Joe Biden, yang membelanjakan berbilion-bilion untuk menberi subsidi kepada usahawan yang melabur di AS, dan berkata bahawa pengeluar cip asing “tidak memerlukan wang, tetapi insentif. Insentifnya ialah mereka tidak sanggup membayar kadar cukai sebanyak 25%, 50%, atau 100%.”

Pengurus TSMC percaya bahawa walaupun bahagian penyelidikan dipindahkan ke AS, atau penyelidikan dan pembangunan selari di AS ditubuhkan, ia bukan satu pilihan.

Penganalisis mengatakan bahawa sebagai kompromi, TSMC boleh mempercepatkan pergerakan proses pembuatan termaju ke kilang Arizonanya, atau mungkin komited untuk mengembangkan pelaburan.

TSMC menubuhkan kilang wafer fab pertamanya di Arizona, kini menghasilkan wafer 4nm, yang ketinggalan 1 generasi berbanding pengeluaran di Taiwan. TSMC pernah berjanji bahawa menjelang 2028 pengeluaran wafer 2nm akan berpindah ke AS, 2 tahun lewat daripada pengeluaran di Taiwan, dan juga merancang bahawa sebelum 2030 fab wafer Arizona ke-3 akan mula beroperasi.

Di satu pihak, komitmen TSMC kepada AS, kedudukan Taiwan sebagai teras pembuatan cip global TSMC juga dikekalkan. Pemerhati percaya bahawa pelanggan AS TSMC harus memujuk kerajaan AS, menekankan bahawa kaedah sedemikian berpotensi menggantung kadar cukai ke atas semikonduktor.

Komen

Terbaharumore