close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Dalam Kes Pencerobohan Tentera RRC Terhadap Taiwan, Separuh daripada Rakyat AS Menyokong Bantuan Tentera AS untuk Taiwan

  • 17 August, 2023
  • 王麗蘭
Dalam Kes Pencerobohan Tentera RRC Terhadap Taiwan, Separuh daripada Rakyat AS Menyokong Bantuan Tentera AS untuk Taiwan
Dalam Kes Pencerobohan Tentera RRC Terhadap Taiwan, Separuh daripada Rakyat AS Menyokong Bantuan Tentera AS untuk Taiwan(foto: AFP)

(Taiwan, ROC) Satu tinjauan AS mengenai sokongan orang ramai untuk meningkatkan cukai untuk komoditi RRC, berpendapat ini adalah pengukuhan persediaan ancaman ketenteraan mandatori China oleh AS. Jika PRC melakukan pencerobohan terhadap Taiwan, kebanyakan rakyat AS bersetuju dan menyokong kerajaan AS untuk campur tangan membantu Taiwan.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Reuters/Ipsos pada 14-15 Ogos, hubungan AS-RRC bertambah buruk sejak sedozen tahun yang lalu, rakyat AS berasa bimbang tentang pengaruh kuat China di seluruh dunia.

Hampir 66% responden berkata, pilihan raya presiden tahun depan, mereka akan semakin menyokong "menaikkan cukai ke atas barangan import China". Hampir 66% responden juga bersetuju bahawa AS perlu menyediakan peningkatan kuasa terhadap tentera RRC. Apabila tentera RRC melakukan pencerobohan terhadap Taiwan, tentera AS bersetuju untuk mempertahankan Taiwan sehingga 38%, ini menunjukkan batasan politik AS dalam menangani konflik ketenteraan RRC.

Walaupun beberapa responden menyokong persiapan ketenteraan Taiwan yang boleh menimbulkan kemungkinan serangan daripada tentera RRC, namun, 42% rakyat AS menafikan bahawa tentera AS mempertahankan Taiwan, terdapat 20% yang memberikan jawapan "tidak tahu" kepada soalan ini.

Berdasarkan tinjauan ini, bahagian pandangan negatif PRC mencapai 75%, pandangan negatif pemimpin PRC Xi Jing-ping mencapai 84%; terdapat sebanyak 65% responden berpendapat kerajaan PRC berhasrat untuk mempengaruhi pilihan raya AS tahun depan.

Komen

Terbaharumore