close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Presiden Lai: Taiwan Mencadang Inisiatif Rakan Kongsi Rantaian Bekalan Semikonduktor Demokratik Global

  • 14 February, 2025
  • 王麗蘭
Presiden Lai: Taiwan Mencadang Inisiatif Rakan Kongsi Rantaian Bekalan Semikonduktor Demokratik Global
Presiden Lai: Taiwan Mencadang Inisiatif Rakan Kongsi Rantaian Bekalan Semikonduktor Demokratik Global

(Taiwan, ROC) -- Sebagai tindak balas kepada pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai pelan "kadar cukai setara", Presiden Lai Ching-te (賴清德) mengadakan sidang kemuncak keselamatan negara pagi ini (14 Februari). Selepas pertemuan itu, beliau membuat kenyataan umum, meletakkan strategi nasional yang jelas mengenai hubungan Taiwan-AS, industri semikonduktor, dan hubungan rentas selat.

Mengenai hubungan Taiwan-AS, Presiden Lai menyatakan bahawa Taiwan amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada pentadbiran Trump sejak awal penggalnya, di mana kerajaan Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan telah bekerjasama rapat dengan Trump sejak penggal pertamanya dan berterusan sehingga hari ini sebagai salah satu rakan antarabangsanya. Berdiri di barisan hadapan dalam memerangi autoritarianisme dalam rantaian pulau pertama dan dunia demokrasi, Taiwan bersedia untuk terus bekerjasama dengan AS dalam pelbagai bidang. Walaupun dasar Taiwan-AS mungkin berubah pada tahun-tahun akan datang, kepercayaan bersama dan kerjasama erat antara Taiwan dan Washington akan kekal stabil dan mampan. Presiden Lai meminta rakyat Taiwan untuk bertenang.

Dalam pembangunan industri semikonduktor, Presiden Lai menyatakan bahawa Taiwan sebagai salah satu negara semikonduktor terbesar di dunia, "kami mempunyai kebolehan dan sanggup menghadapi situasi baharu". Sebagai tindak balas kepada perhatian Trump terhadap industri semikonduktor Taiwan, kerajaan akan bertindak balas dengan berhati-hati, mengukuhkan komunikasi antara Taiwan dan AS, dan meningkatkan persefahaman bersama. Taiwan akan mencadangkan "Inisiatif Rakan Kongsi Rantaian Bekalan Semikonduktor Demokratik Global", bekerjasama dengan AS dan rakan kongsi demokratik yang lain untuk membina rantaian bekalan semikonduktor yang lebih berdaya tahan dan pelbagai.

Mengenai hubungan rentas selat, Presiden Lai berkata bahawa hubungan Taiwan-AS, AS-RRC, dan interaksi tiga hala antara Taiwan-AS-RRC adalah tumpuan perhatian dunia. Sebagai ahli komuniti demokratik antarabangsa dan anggota yang bertanggungjawab di rantau ini, Taiwan berharap hubungan Taiwan-AS akan terus bertambah baik dan boleh membentuk kitaran positif dengan hubungan AS-RRC, dan bukannya permainan sifar yang merugikan bersama.

Presiden Lai menegaskan bahawa dalam menghadapi Negara Panda, Taiwan akan sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab, "tidak merendah diri, tidak sombong, tegas dan tenang" adalah sikap konsisten yang dikekalkan dalam hubungan rentas selat.

Komen

Terbaharumore