close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Suhu Boleh Mencecah 30°C, Pakar Amaran: Jangan Terburu-buru Menyimpan Jaket dan Selimut Anda, Gelombang Udara Sejuk Akan Datang Kembali

  • 28 February, 2025
  • 王麗蘭
Suhu Boleh Mencecah 30°C, Pakar Amaran: Jangan Terburu-buru Menyimpan Jaket dan Selimut Anda, Gelombang Udara Sejuk Akan Datang Kembali
Suhu Boleh Mencecah 30°C, Pakar Amaran: Jangan Terburu-buru Menyimpan Jaket dan Selimut Anda, Ombak Sejuk Akan Datang Kembali

(Taiwan, ROC) --- Cuaca di hampir semua kawasan Taiwan diperhatikan semakin panas pada hari Khamis (27/2). Mulai esok, Jumaat (28/2), cuaca di Taiwan akan dipengaruhi angin dari selatan, membawa udara hangat dengan suhu yang akan melonjak hingga 30C.

Walaupun akan terasa hangat atau panas, pakar klimatologi Taiwan Lin De-en (林得恩) secara khusus memberi amaran bahawa Khamis depan (6/3) akan ada gelombang udara sejuk yang bergerak ke selatan.

Lin De-en berkata tidak harus menyimpan pakaian musim sejuk (jaket dan selimut) buat masa ini.

Menurut ramalan Jabatan Klimatologi Pusat (CWA), kawasan tengah ke utara, bahagian timur, serta Penghu, Kinmen, dan Matsu masih akan mengalami hujan renyai.

Dari segi suhu, pagi dan petang cenderung menjadi sejuk dengan suhu terendah sekitar 14°C hingga 17°C, tetapi pada waktu siang suhu tertinggi di semua kawasan dianggarkan mencecah 20°C hingga 24°C, malah di sesetengah kawasan selatan ia boleh mencapai 25°C hingga 26°C.

CWA berkata bahawa semasa tempoh cuti 28 Februari, suhu di banyak bahagian Taiwan diperhatikan lebih panas. Suhu di wilayah utara dan timur laut Taiwan berjulat dari 14°C hingga 28°C, wilayah tengah 15°C hingga 27°C, wilayah selatan 16°C hingga 29°C, Hualien dan Taitung 18°C ​​​​hingga 27°C, manakala Penghu, Kinmen dan Matsu berjulat dari 11°C hingga 21°C.

Melalui laman Facebook miliknya, Lin De-en menjelaskan mulai Khamis (6/3) hingga Sabtu (8/2), akan ada gelombang udara dingin yang kembali bergerak ke selatan dengan intensitas yang cukup kuat.

Tempoh paling sejuk dijangka berlaku dari malam Khamis (6/3) hingga pagi Jumaat (7/2). Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak menyimpan pakaian musim sejuk termasuk jaket dan selimut.

Komen

Terbaharumore