close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Zelensky menegaskan kesediaan untuk menandatangani perjanjian mineral, memahami dialog Trump-Putin

  • 02 March, 2025
  • 楊偉光
Zelensky menegaskan kesediaan untuk menandatangani perjanjian mineral, memahami dialog Trump-Putin
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kiri) dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenksy (kanan) pada 28 Februari telah mengadakan perbincangan di Rumah Putih yang berakhir tanpa kata sepakat, dan perjanjian mineral yang dirancang juga tidak ditandatangani. (AP/Arkib Foto)

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenksy pada 28 Februari walaupun telah terlibat dalam pertengkaran mulut dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Rumah Putih, tetapi beliau pada hari ini (1 Mac) telah menyiarkan satu catatan mengulangi kesediaan Ukraine untuk menandatangani perjanjian mineral, dan menyatakan "boleh memahami" kemungkinan Washington sedang mencari jalan untuk mengadakan dialog dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Zelensky dalam satu catatan di platform media sosial X menulis, Ukraine telah "bersedia untuk menandatangani perjanjian mineral", tetapi juga terus menyeru Amerika Syarikat untuk memberikan jaminan keselamatan. Beliau menekankan: "Gencatan senjata tanpa jaminan keselamatan adalah sangat berbahaya untuk Ukraine."

Zelensky pada 28 Februari dalam satu temu bual eksklusif dengan Fox News juga menyebut, beliau masih bersedia untuk menandatangani perjanjian mineral dengan Washington, tetapi ini bergantung kepada pihak Amerika.

Bercakap mengenai Putin, Zelensky dalam catatan di X hari ini menyatakan "boleh memahami" kemungkinan Amerika Syarikat sedang mencari jalan untuk berunding dengan pemimpin Rusia itu, "tetapi Amerika selalu berkata 'menjamin keamanan melalui kekuatan', dan kita bekerjasama boleh mengambil tindakan yang kuat terhadap Putin."

Menurut Zelensky, bantuan Amerika adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup Ukraine, dan beliau mengucapkan terima kasih atas hal ini. Catatannya menyatakan: "Walaupun perbincangan adalah sukar, kita tetap rakan strategik. Tetapi kita perlu jujur dan terus terang antara satu sama lain untuk benar-benar memahami matlamat bersama kita."

Zelensky menegaskan, Trump ingin mengakhiri perang, "tetapi tiada siapa yang lebih menginginkan keamanan daripada kami." Beliau juga berharap Amerika Syarikat "lebih tegas berada di pihak kami."

Laporan Reuters menyatakan, Zelensky dalam satu lagi catatan di X berkata: "Sama ada semasa perang atau selepas perang, adalah sangat penting untuk Ukraine didengari dan tidak dilupakan oleh sesiapa." Beliau menyertakan gambar pertemuan dengan komuniti Ukraine di Washington dalam catatan ini.

Zelensky terus menulis: "Adalah juga penting untuk membiarkan rakyat Ukraine tahu bahawa mereka tidak bersendirian, di setiap negara, di setiap sudut dunia ada orang yang menyuarakan hak mereka."

Komen

Terbaharumore