close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Tainan Marathon Antarabangsa, Lebih 20,000 Orang Mengalami Laluan Perlumbaan yang Unik

  • 03 March, 2025
  • 陳鑀枚
Tainan Marathon Antarabangsa, Lebih 20,000 Orang Mengalami Laluan Perlumbaan yang Unik
Marathon separuh jarak bertema [Kota Lama Tainan Antarabangsa], peserta ambil makanan di stesen penyegaran.(foto: Website Kerajaan Bandaraya Tainan)

Marathon separuh jarak bertema [Kota Lama Tainan Antarabangsa] telah berlangsung pada 2hb yang lalu. Laluan perlumbaan melalui pelbagai tempat menarik di Tainan, dengan stesen penyegaran menyediakan makanan seperti udang galah, ayam bakar, taufu soya, aiskrim dan lain-lain. Tiga kategori perlumbaan menarik lebih daripada 20,000 peserta untuk merasai pengalaman laluan perlumbaan yang unik serta makanan yang lazat.

Datuk Bandar Tainan, Huang Wei-che(黃偉哲), berucap sebelum meniup wisel permulaan, mengatakan bahawa peserta dalam tiga kategori perlumbaan bersedia untuk memulakan, ditambah dengan cuaca yang baik dan banyak makanan penyegaran sepanjang laluan. Beliau berharap para pelari dapat berlari dengan sihat, menikmati makanan sambil menikmati pemandangan yang indah dan meninggalkan kenangan yang manis. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur bersama, penaja, pasukan sukarelawan, dan penduduk Tainan atas sokongan mereka, yang menjayakan acara marathon bandar ini.

Komen

Terbaharumore