close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Harga Telur di Taiwan Terus Meningkat? Ini Maklum Balas Kementerian Pertanian

  • 11 March, 2025
  • 王麗蘭
Harga Telur di Taiwan Terus Meningkat? Ini Maklum Balas Kementerian Pertanian
Harga Telur di Taiwan Terus Meningkat? Ini Maklum Balas Kementerian Pertanian

(Taiwan, ROC) --- Harga telur telah meningkat selama 3 minggu berturut-turut, dengan jumlah peningkatan sebanyak NT$8 setiap kati (斤) . Pengguna melaporkan bahawa mereka merasakan kesan kenaikan harga ini.

Pada hari Isnin (10/3), Kementerian Pertanian (MOA) menyatakan telah meminta industri membincangkan turun naik perbezaan harga antara harga pengeluar dan harga borong, memandangkan kos pengangkutan yang berbeza di setiap wilayah akan menyebabkan perbezaan harga.

Persatuan Penternak Ayam percaya bahawa mekanisme perbezaan harga yang berpatutan boleh menggalakkan tahap penggunaan.

Menurut media tempatan di Taiwan, harga telur telah meningkat secara berterusan sejak akhir Februari. Lin Tian-lai (林天來), pengerusi Persatuan Peniaga Telur Kota Taipei, menjelaskan bahawa faktor utama kenaikan harga NT$3 pada minggu ketiga ialah penurunan pengeluaran akibat cuaca sejuk yang menyebabkan kematian beberapa ekor ayam.

Data MOA terkini menunjukkan pengeluaran telur harian pada masa ini ialah 125,000 kotak (200 telur setiap kotak), turun 2,000 kotak berbanding minggu lepas, tetapi masih melebihi permintaan purata negara sebanyak 123,000 kotak.

Lee Yi-chien (李宜謙), Pengarah Ternakan MOA, menyatakan bahawa harga ditentukan oleh industri itu sendiri dan Kementerian Pertanian tidak akan campur tangan.

Lee Yi-chien juga menjelaskan bahawa pihak berkuasa Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) pada Februari telah memberitahu industri untuk memberi perhatian kepada kemungkinan masalah monopoli berkaitan perbezaan harga antara pengilang dan pengedar.

MOA juga mencadangkan bahawa perbezaan harga harus berbeza-beza di seluruh wilayah utara, tengah, selatan dan timur disebabkan oleh jarak dan kos pengangkutan yang berbeza dari lokasi pengeluar, dan bukannya seragam di seluruh Taiwan.

Sebagai tindak balas, Wang Chien-pei (王建培), Setiausaha Agung Persatuan Penternak Ayam Republik China, berkata beliau bersetuju untuk membincangkan mekanisme perbezaan harga yang berpatutan. Menurutnya, ini akan memberikan variasi harga kepada pengguna dan akhirnya dapat menggalakkan penggunaan serta memudahkan pengagihan.

Data harga telur terkini menunjukkan bahawa mulai hari Isnin (10/3), harga borong meningkat daripada NT$37 kepada NT$40 setiap ekor di Taiwan, dan mulai 12 Mac 2025, harga pengeluar akan meningkat daripada NT$27.5 kepada NT$30.5 setiap kati (斤) di Taiwan.

Komen

Terbaharumore