close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

JJ Lin Bersedia Menggegarkan Stadium Taipei Dome Jun Ini – Rasa Familiar, Tapi Tetap Mengujakan!

  • 14 March, 2025
  • 陳心怡
JJ Lin Bersedia Menggegarkan Stadium Taipei Dome Jun Ini – Rasa Familiar, Tapi Tetap Mengujakan!
JJ Lin akan mengadakan konsert di Stadium Taipei Dome pada bulan Jun, menandai pencapaian baru dalam kerjayanya. (Disediakan oleh JFJ PRODUCTIONS)

Raja muzik Mandopop, JJ Lin, telah mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan konsert di Taipei Dome selama dua hari berturut-turut pada 7 dan 8 Jun. Ini menandakan kepulangannya ke Taipei selepas dua tahun, sekaligus menjadi kali pertama beliau mengadakan konsert di Stadium Taipei Dome—satu pencapaian baru dalam kerjayanya. JJ Lin berkata, “Saua sudah mengadakan beberapa konsert di Taipei sebelum ini, tetapi ini adalah kali pertama saya naik pentas di Stadium Taipei Dome. Rasanya macam familiar, tapi pada masa yang sama juga sesuatu yang baru dan mengujakan. Tidak sabar nak jumpa semua peminat lagi setelah sekian lama!”
Konsert dunia "JJ20 FINAL LAP" pertama kali dimulakan di Singapura pada November 2022, dan sejak itu telah menjelajahi pelbagai bandar utama di Amerika Utara, Kanada, Eropah, Australia, dan Asia. Menjelang akhir 2024, versi yang ditingkatkan daripada konsert ini telah diumumkan kembali, dengan persembahan di beberapa lokasi ikonik seperti Los Angeles, Toronto, San Francisco, New York, dan Boston. Sehingga kini, JJ Lin telah mengadakan hampir 100 konsert, dengan tiket yang laris dalam sekelip mata dan mendapat sambutan hangat. Kini, beliau sedang meneruskan jelajahnya di Eropah.
Dengan penampilan istimewa di Stadium Taipei Dome kali ini, JJ Lin memberi jaminan kepada peminat Taiwan bahawa mereka yang pernah menyaksikan konsert "JJ20" dua tahun lalu akan merasakan pengalaman yang sangat berbeza!
Tiket untuk konsert dunia "JJ20 FINAL LAP" 2025 akan dibuka untuk pembelian awal kepada pemegang kad DBS pada 1 April, manakala jualan umum melalui KKTIX akan bermula pada 2 April jam 12 tengah hari.

Komen

Terbaharumore