close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Menghadiri Forum Yushan, Presiden Lai: Dasar “New Southbound” Membuahkan Hasil, Industri Taiwan Meluaskan Jejak ke Seluruh Dunia

  • 17 March, 2025
  • 陳鑀枚
Menghadiri Forum Yushan, Presiden Lai: Dasar “New Southbound” Membuahkan Hasil, Industri Taiwan Meluaskan Jejak ke Seluruh Dunia
Majlis perasmian Forum Yushan ke-8 telah diadakan di Taipei Marriott Hotel pada 17hb. Tema untuk tahun 2025 ialah "New Southbound +: Taiwan, the Indo-Pacific and the New World". Foto oleh wartawan CNA Zhao Shixun, 17 Mac 2015 (Foto: CNA)

Presiden Lai Ching-te, menghadiri majlis pembukaan Forum Yushan hari ini (17 Mac). Beliau mengesahkan bahawa dasar "New Southbound" Taiwan telah mencapai kejayaan besar dan menjelaskan bahawa industri Taiwan, yang sebelum ini berorientasikan ke arah barat ("Go West"), selatan ("Go South") dan integrasi dengan utara ("Intergate with North"), kini dengan penuh keyakinan akan meluaskan jangkauan ke arah timur, merentasi Lautan Pasifik ke benua Amerika dan seluruh dunia. Matlamat utama adalah “Berasaskan Taiwan, Meluaskan Jejak Global, Memasarkan ke Seluruh Dunia”.

Forum Yushan, yang kini memasuki edisi ke-8 dan berlangsung selama dua hari, diadakan di Taipei dengan tema “New Southbound+: Taiwan, Indo-Pasifik dan Dunia Baharu”. Presiden Lai Ching-te hadir dalam majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Dalam ucapannya, Presiden menekankan bahawa Forum Yushan akan memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi dan transformasi masa depan. Selain menukar konsensus yang telah dibina kepada pelan tindakan untuk kerjasama erat dengan negara-negara serantau, Taiwan juga akan memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan global bagi mencapai kemakmuran bersama. Beliau berharap dapat merealisasikan visi “Melihat Dunia Baharu dari Taiwan, dan Melihat Taiwan dalam Dunia Baharu”.

Bagi menghadapi era pendigitalan yang pesat, sesi kerajaan dalam forum kali ini memberi tumpuan kepada isu perubatan pintar, pengangkutan pintar, serta daya tahan rantaian bekalan cip. Ini mencerminkan hasrat Taiwan untuk bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani cabaran baharu di peringkat global.

Dalam menghadapi perubahan dan transformasi dunia yang kritikal, Presiden menegaskan bahawa Taiwan akan bekerjasama dengan rakan-rakan demokratik untuk memperkukuhkan rantaian bekalan bebas daripada pengaruh rejim autoritarian serta mempercepatkan perpaduan digital. Taiwan juga komited untuk menangani ancaman ekspansi autoritarian dan menggunakan Forum Yushan sebagai platform untuk berkongsi pengalaman, memperkukuhkan asas bagi kerjasama yang lebih erat, serta membangunkan Indo-Pasifik yang lebih inklusif, kuat, dan makmur. Bersama-sama, mereka akan mempertahankan nilai-nilai demokrasi, kebebasan, dan keamanan.

Komen

Terbaharumore