close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Penggulingan Presiden Korea Selatan disahkan Mahkamah Perlembagaan

  • 04 April, 2025
  • 陳鑀枚
Penggulingan Presiden Korea Selatan disahkan Mahkamah Perlembagaan
Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol。(sumber foto: AP/TPG News)

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada hari ini (4 April) telah memutuskan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol perlu dipecat dan meletakkan jawatan. Ini berikutan tuduhan terhadapnya yang cuba mengisytiharkan undang-undang tentera, hingga mencetuskan krisis politik terburuk negara itu dalam beberapa dekad.

Korea Selatan kini perlu mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh 60 hari. Sementara itu, Perdana Menteri Han Duck-soo akan terus menjalankan tugas sebagai pemangku presiden.

Presiden baru akan mengangkat sumpah jawatan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan mengumumkan keputusan pilihan raya.

Komen

Terbaharumore