Biro Pelancongan Taiwan bekerjasama dengan China Airlines menjemput seorang celebriti Internet Amerika Syarikat yang mempunyai lebih 4 juta pengikut untuk menjadi duta pelancongan Taiwan, dalam usaha memperluas pengaruh Taiwan di kalangan generasi muda. Salah satu video tarian yang dirakam di lorong Taipei dengan latar belakang Taipei 101 telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan.
Pada 12 hb, Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan Taiwan mengadakan acara promosi bertajuk “Taiwan: Pesona yang Mengagumkan” di Los Angeles, untuk memperkenalkan jenama pelancongan terbaru Taiwan, Waves of Wonder. Gerai pameran turut didirikan di ruang tengah pusat beli-belah, menarik ramai pengunjung.
Melalui kerjasama dengan sebuah syarikat perhubungan awam di Los Angeles, pihak penganjur berjaya menghubungi White, seorang celebriti berketurunan Ukraine dengan lebih 4 juta pengikut di Instagram. Beliau sangat prihatin terhadap isu berkaitan Taiwan dan bersedia menggunakan pengaruhnya untuk meningkatkan kesedaran tentang Taiwan di kalangan rakyat Amerika Syarikat.
White bersama dua rakannya, Fik-Shun Stegall (2.6 juta pengikut) dan Lauren Gibson (600 ribu pengikut), yang juga penari profesional, telah mengembara ke pelbagai lokasi di Taiwan. Dengan jemputan daripada Biro Pelancongan dan China Airlines, mereka mempromosikan Taiwan melalui kempen bertagar #DanceToTaiwan, yang berjaya menarik lebih sejuta tontonan dalam talian.