close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Bekas Naib Presiden Chen Chien-jen akan menjadi Duta Khas untuk Menghadiri Pengebumian Pope Francis

  • 23 April, 2025
  • 王麗蘭
Bekas Naib Presiden Chen Chien-jen akan menjadi Duta Khas untuk Menghadiri Pengebumian Pope Francis
Bekas Naib Presiden Chen Chien-jen akan menjadi Duta Khas untuk Menghadiri Pengebumian Pope Francis

(Taiwan, ROC) -- Selepas kematian Pope Francis, Vatican telah mengumumkan bahawa upacara pengebumian akan diadakan pada 10 pagi waktu tempatan pada 26 April 2025 di hadapan Basilika St. Peter. Kementerian Luar Negeri hari ini (23/4) mengatakan bahawa Presiden Lai Ching-te mengutus bekas Naib Presiden Chen Chien-jen sebagai utusan khas presiden, mewakili Taiwan untuk menghadiri upacara pengebumian dan menyampaikan ucapan takziah kepada Vatican; Kementerian Luar Negeri sekali lagi mengucapkan takziah bagi pihak Taiwan atas kematian Pope Francis dan akan menghantar Chen Chien-jen sebagai utusan khas ke Vatican.

Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa hubungan persahabatan antara Taiwan dan Vatican mempunyai sejarah yang panjang, interaksi antara kedua-dua pihak agak rapat, setelah melalui perbincangan antara kedua-dua pihak, Chen Chien-jen, yang pernah bertemu dengan Allahyarham Pope Francis sebanyak 6 kali, dan menerima pingat Akademi Kepausan yang dianugerahkan oleh Allahyarham Pope Francis. Pope Francis sendiri, dan mempunyai hubungan rapat dengan Pope, atas sebab itu pihak Taiwan memutuskan bahawa Chen Chien-jen akan menjadi utusan khas yang mewakili Taiwan untuk menghadiri pengebumian itu.


Kementerian Luar Negeri berkata, Pope Francis pada kali pertama menyatakan kebimbangan terhadap mangsa gempa bumi Hualien, dan mendoakan mangsa, beliau mengambil berat tentang Gereja Katolik di Taiwan, selain itu beliau juga sering bertemu dengan utusan khas presiden yang menghadiri upacara keagamaan di Vatican, malah mengadakan pertukaran rapat antara organisasi keagamaan; Taiwan akan terus memperdalam hubungan Taiwan dan Vatican, mengukuhkan pertukaran agama, mempromosikan nilai kebebasan beragama sejagat.

Komen

Terbaharumore