close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Kejohanan Dunia BWF, Tai Tzu-ying & Wang Tzu-wei Layak ke Pusingan 8

  • 25 August, 2023
  • 王麗蘭
Kejohanan Dunia BWF, Tai Tzu-ying & Wang Tzu-wei Layak ke Pusingan 8
Kejohanan Dunia BWF, Tai Tzu-ying & Wang Tzu-wei Layak ke Pusingan 8

(Taiwan, ROC) – Pemain badminton terkemuka Taiwan, Tai Tzu-ying (戴資穎) pada Khamis (24/8) berjaya menundukkan lawan tangguh dari Thailand, Pornpawee Chochuwong, dengan jaringan 21-18, 21-17 dalam pusingan 16 perseorangan wanita untuk Kejohanan Dunia BWF 2023 yang diadakan di Copenhagen, Denmark. Dengan kemenangan ini, Tai Tzu-ying (戴資穎) berjaya mara ke pusingan 8 terakhir di mana dia akan menentang bekas juara dunia dari Sepanyol, Carolina Marin.

Tai Tzu-ying (戴資穎) menerima temu bual selepas perlawanan dan berkata bahawa persembahan keseluruhannya tidak memuaskan. Dia berharap dapat mengurangkan kesilapan terutama di padang yang anginnya sangat kuat.

Pada peringkat suku akhir, Tai Tzu-ying (戴資穎) akan menentang pemain badminton terkemuka Sepanyol, Carolina Marin. Kedua-dua pemain itu sebelum ini telah bertemu sebanyak 19 kali, dengan Tai Tzu-ying (戴資穎) mendahului dengan 10 kemenangan dan 9 kekalahan.

Selain itu, khabarnya pemain badminton perseorangan lelaki Taiwan, Wang Tzu-wei (王子維) juga telah berjaya mara ke pusingan 8 selepas berjaya menumbangkan pilihan utama Republik Rakyat China, Li Shi-feng (李詩灃), dengan markah 21-15, 21-14 dalam pusingan 16. Ini juga merupakan pencapaian terbaik beliau dalam Kejohanan Dunia BWF. Pada pusingan 8 terbaik, Wang Tzu-wei (王子維) akan menentang pemain badminton nombor 3 dunia dari Thailand, Kunvalut Vitidsarn.

Komen

Terbaharumore