Kabinet Taiwan telah mencadangkan peruntukan khas sebanyak NT$410 bilion (kira-kira RM60 bilion) untuk memperkukuhkan ekonomi, Keselamatan negara, dan ketahanan sosial. Walau bagaimanapun, Parti Pembangkang menentang peruntukan NT$100 bilion (kira-kira RM14.6 bilion) yang akan disalurkan kepada Taipower. Jurucakap Kabinet, Li Hui-Zhi, semalan (1 Mei) menyatakan bahawa pihak industri telah menggesa kerajaan agar mereka tidak terkesan oleh kenaikan harga tenaga dan cukai secara serentak. Oleh itu, Kabinet memperuntukkan dana tersebut untuk mengukuhkan kewangan Taipower agar dapat mempertimbangkan harga tenaga dengan lebih teliti.
Kabinet mencadangkan "Peruntukan Khas untuk Memperkukuhkan Ketahanan Ekonomi, Sosial, dan Keselamatan Negara sebagai Tindak Balas kepada Situasi Antarabangsa" sebanyak NT$410 bilion. Bagaimanapun, peruntukan NT$100 bilion untuk subsidi kepada Taipower mencetuskan bantahan daripada Parti Pembangkang. Orang ramai bimbang sekiranya peruntukan ini tidak diluluskan, harga elektrik akan meningkat.
Li Hui-Zhi (李慧芝) dalam sidang media menjelaskan bahawa pihak industri telah meminta agar tidak menghadapi tekanan harga tenaga dan cukai secara serentak. Oleh itu, dana NT$100 bilion diperuntukkan untuk memperkukuhkan kewangan Taipower, mengawal harga tenaga, dan mengurangkan kesan terhadap harga barangan. Beliau menyeru pihak Parti Kerajaan dan Pembangkang agar menyokong langkah ini demi kepentingan industri. Li Hui-Zhi berkata: "Dalam peruntukan khas ini, kerajaan berharap dapat menyediakan subsidi NT$100 bilion untuk memperkukuhkan kewangan Taipower dan mengawal harga tenaga agar kesannya terhadap harga barangan harian dapat dikurangkan. Kami berharap pihak semua pihak akan bersatu menyokong industri."
Sekiranya Parti Pembangkang tidak bersetuju dengan subsidi kepada Taipower, adakah harga elektrik akan meningkat? Li Hui-Zhi menyatakan bahawa keputusan mengenai harga elektrik adalah tanggungjawab jawatankuasa harga elektrik. Namun, diharapkan setelah kewangan Taipower stabil, jawatankuasa itu akan membuat pertimbangan lanjut.