close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Hualien Dilanda 7 Gempa Bumi dalam Masa Satu Jam, Gempa Utama Bermagnitud 5.9

  • 05 May, 2025
  • 李婉琳
Hualien Dilanda 7 Gempa Bumi dalam Masa Satu Jam, Gempa Utama Bermagnitud 5.9
Pada pukul 6:53 petang. hari ini (ke-5), satu lagi gempa bumi dengan magnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di perairan timur Taiwan. (Foto: CWA)

Menurut data dari Jabatan Kaji Cuaca Pusat Taiwan (CWA), kawasan Hualien dilanda 7 gegaran dalam tempoh satu jam bermula pada jam 6:09 petang tadi (5 April). Antara gegaran tersebut, gempa paling kuat berlaku pada jam 6:53 petang dengan magnitud 5.9, manakala gegaran pada jam 6:09 mencatat magnitud 5.5. Kedua-dua gegaran mencetuskan intensiti maksima tahap 4.

Pusat Kajian Gempa Bumi CWA menyatakan bahawa gempa bumi bermagnitud 5.9 dikenal pasti sebagai gempa utama, dan mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap gempa susulan dalam tempoh tiga hari akan datang.

Berdasarkan laporan, gegaran pertama berlaku pada jam 6:09 petang di Yanliao, Hualien, dengan intensiti tahap 4. Gegaran kedua menyusul pada jam 6:53 petang dan dirasai di hampir seluruh Taiwan, dengan kawasan paling terjejas termasuk Bandar Hualien, Yanliao dan Taroko Gorge, semuanya mencatat intensiti tahap 4.

Pengarah Pusat Kajian Gempa Bumi, Wu Chien-Fu(吳健富), menjelaskan bahawa setakat ini gempa 5.5 disifatkan sebagai gempa pendahulu, manakala gempa 5.9 adalah gempa utama dalam satu rangkaian sekuen gempa bumi. Beliau turut menyatakan bahawa situasi sama pernah berlaku di Chishang, Taitung, di mana foreshock berlaku sebelum gempa utama pada keesokan harinya.

Wu menambah bahawa, dengan skala gempa utama kini disahkan pada 5.9, dijangka akan berlaku beberapa lagi gempa susulan berskala antara 5.0 hingga 5.5 dalam tiga hari mendatang, dan kemungkinan gempa kecil masih boleh berlaku selepas tempoh tersebut.

Chiu Chun-Ta(邱俊達), pegawai teknikal kanan dari CWA, turut memaklumkan dalam sidang media bahawa dua gempa berskala besar ini mencetuskan amaran peringkat nasional di beberapa kawasan. Kedua-dua gempa dikenal pasti berpunca daripada pertembungan dan pergerakan relatif antara plat Lautan Filipina dan plat Eurasia.

Komen

Terbaharumore